Malaysiakini 30/1/16
Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Yatim sepatutnya membincangkan
hal berkaitan pilihan raya negeri itu secara tertutup dengan Suruhanjaya
Pilihan Raya (SPR) secara tertutup, kata PKR.
Naib presidennya,
Nurul Izzah Anwar berkata Adenan juga tidak seharusnya mencadangkan
tarikh pilihan raya negeri kerana ia menimbulkan kebimbangan akan adanya
campur tangan.
Menurut anggota Parlimen Lembah Pantai itu ini kerana perkara tersebut di bawah bidang kuasa SPR.
Justeru,
Nurul Izzah berkata sekiranya benar akan tarikh cadangan seperti yang
diumumkannya, maka Malaysia tidak lagi memerlukan SPR.
"Saya fikir
beliau sepatutnya membincangkan bersama SPR mengenai pilihan raya
negeri secara tertutup kerana kita tidak mahu adanya tanggapan ketua
menteri Sarawak mempengaruhi keputusan SPR tentang apa yang harus
dilakukan dan tidak harus dilakukan," katanya.
"Saya rasa kalau betul begitu, kita tidak perlukan SPR, tetapi cukup dengan ketua menteri.
"Saya
harap beliau tidak mengawal keputusan dibuat SPR," katanya kepada
pemberita selepas merasmikan program Konvoi #BebasAnwar di Kuala Lumpur
hari ini.
Semalam, ketika bercakap di depan kira-kira 700 ahli
Parti Persaka Bumiputera Bersatu (PBB) di majlis pelancaran seminar
pilihan raya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Satok, Adenan berkata beliau
sudah berhubung dengan (SPR) negeri.
"Saya sudah memilih April
ini sebagai bulan pilihan raya, dengan 18 April sebagai tarikh penamaan
calon, 30 April sebagai hari pengundian manakala 1 Mei sebagai hari kita
merayakannya," Adenan dilaporkan berkata.
Bagaimapun beliau tidak mengumumkan tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN). [Baca berita penuh]
Sementara
itu, ketika diminta mengulas mengenai larangan sekali lagi terhadap
Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin untuk masuk ke Sarawak, Nurul Izzah
menyifatkan tindakan Adenan sebagai pengecut.
Beliau berkata,
ketua menteri Sarawak itu pernah menjanjikan perubahan ketika mengambil
alih tampuk pentadbiran namun apa yang dilihat kini beliau meneruskan
polisi tidak demokratik.
"Ianya menunjukkan tindakan yang
pengecut, amat malang kerana kita menuju ke pilihan raya negeri,
sepatutnya beliau membenarkan kita turun padang.
"Ramai rakyat Sarawak mungkin tidak mempunyai akses maklumat yang dibawa setengah pemimpin PKR," katanya.
Bagaimanapun
beliau berkata, dengan segala larangan menyekat pemimpin PKR ke Sarawak
ia tidak akan sesekali melemahkan semangat mereka untuk terus
memperjuangkan hak sebagai parti politik yang sah untuk bertemu dengan
rakyat Sarawak.
"Apa pun ianya tidak akan menghalang kita untuk meneruskan usaha memperbaiki kehidupan rakyat Sarawak," katanya. [Baca berita penuh]
No comments:
Post a Comment