FMT
PAS puas hati dengan penjelasan Jamil Khir serta pengurusan tertinggi TH berhubung prestasi kewangan TH.
KOTA BHARU: PAS amat yakin dengan kemantapan sistem tadbir urus baik
yang diamalkan oleh Tabung Haji (TH) selama ini, kata Setiausaha Agung
PAS, Datuk Takiyuddin Hassan.
Beliau berkata, bukan sahaja selaras dengan pematuhan syariah, tetapi
ia juga mementingkan manfaat dan menjana pulangan pendapatan yang baik
kepada pendepositnya.
“TH bukanlah sebuah bank dan diyakini tidak beroperasi sebagai
institusi kewangan yang lebih berorientasikan keuntungan maksimum
berbanding dengan pulangan kepada pendeposit,” katanya dalam satu
kenyataan, hari ini.
Sehubungan itu, Takiyuddin berkata, PAS berpuas hati dengan
penjelasan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir
Baharom yang beliau temui di Parlimen semalam serta pengurusan tertinggi
TH berhubung prestasi kewangan TH.
Mereka mengesahkan prestasi kewangan TH berada dalam keadaan baik
terutama apabila mengambil kira nilai aset keseluruhan portfolio
pelaburan TH, katanya.
Beliau berkata, apa yang lebih penting lagi adalah jaminan bahawa
bonus pendeposit bagi 2015 akan diumumkan dan dibayar dalam waktu
terdekat.
PAS mengharapkan TH akan terus komited dan melaksanakan amanah
pendeposit terutama memastikan hasrat mereka untuk menunaikan fardu haji
tidak terhalang dengan apa jua kemungkinan, katanya.
Takiyuddin seterusnya berkata, teguran mahu pun nasihat yang
diberikan oleh Bank Negara Malaysia kepada institusi seumpama TH tidak
harus menjurus kepada terjejasnya keyakinan pendeposit terhadap
organisasi itu.
-BERNAMA

Jangan dok cakap PAS.. Bukan semua dalam PAS Bongok..Hang dan segelintir yang bongok macam hang jer yang boleh percaya kat kaki kencing YAPIM TU.. kaji dan selidik peh tu pi dapatkan maklumat yang betul.. Hang pi dengaq kaki kencing YAPIM tu buat pa.. pi tanya kat Bank Negara.. awat bongok sangat
ReplyDelete