Sinar Harian
Dr Asyraf Wajdi Dusuki
'Rakyat menyampah dengan politik permusuhan'
SHAH ALAM - Perkembangan ke arah kerjasama politik antara Pas dan Umno
menunjukkan perkembangan yang positif, kata Timbalan Menteri di Jabatan
Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
Namun ujarnya, kewujudan kerjasama politik ini tidak boleh dibuat
secara paksaan, kerana ia melibatkan hati dan perasaan manusia.
"Kita kena faham kewujudan kerjasama ini tidak boleh dibuat secara
paksa-paksaan, ia harus dibuat secara semulajadi kerana aspek kerjasama
dan permuafakatan terutama yang menyentuh hati dan perasaan dia tidak
boleh buat macam robot.
"Kalau robot kita boleh strukturkan atau programkan ia, sementara
permuafakatan politik ini ia harus datang secara fitrah dan bagaimana
fitrah itu boleh berlaku ialah apabila wujudnya pertemuan, perjumpaan
sama ada berorentasikan ilmu ataupun pertemuan yang berorentasikan
konsep mahabah.
"Dan dalam hal ini saya kira banyak sekali program-program yang dibuat
seperti yang Alumni Rabitah al-Azhar lakukan dan semalam saya bertemu
dengan pemimpin mereka dan saya cadangkan agar mereka menganjurkan
program yang sama dan dibuat dinegeri-negeri pula, jadi perkembangan ini
satu perkembangan yang sihat," katanya kepada Sinar Online ketika
ditemui di Kumpulan Media Karangkraf.
Mengulas lanjut, Asyraf berkata, rakyat kini mahukan satu dimensi baharu dalam arena politik tanah air.
"Rakyat hari ini kalau kita perhatikan sudah sampai ke tahap menyampah
dengan politik permusuhan dan kebencian yang tidak berkesudahan.
"Rakyat secara umumnya mahukan satu kerjasama yang lebih membawa citra
nuraini rakyat yang mana mereka inginkan perpaduan, politik kasih sayang
dan ini hanya boleh dilaksanakan sekiranya tiada unsur paksaan atau
kita tidak meletakkan kepentingan politik kuasa melebihi kepentingan
ummah yang terbesar," katanya.
No comments:
Post a Comment