Johari Abdul berkata tidak ada perjanjian antara kedua parti yang mampu menghalang PKR dari menghadiri acara AMANAH
PETALING JAYA: Tidak ada perjanjian antara PKR dan PAS yang mampu
menghalang parti reformasi itu daripada menghadiri parti musuh PAS, kata
pemimpin dan juga Ahli Parlimen Sungai Petani Johari Abdul.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas amaran PAS kepada
pimpinan PKR supaya tidak menghadiri acara AMANAH yang diadakan di
Kelantan.
“Tidak ada perjanjian antara PAS dan PKR kerana kita ada perjanjian
lain dengan Pakatan Harapan. Kita hormat pandangan parti masing-masing
maka sebab itu kita tidak berkata apa-apa ketika PAS menemui UMNO,
kerana itu hak mereka.
“Kita hormati PAS dan dalam masa yang sama, kita ambil inisiatif
untuk menghadiri acara parti lain,” katanya kepada pemberita di ibu
pejabat PKR.
Johari juga mengingatkan PAS bahawa PKR tidak terikat dengan parti
Islam itu selagi mereka tidak menyertai perbincangan Pakatan Harapan.
“Mari duduk bersama dan bincang. Jika kamu tidak datang bermakna kamu
tidak bersedia dan selagi kamu tidak bersedia, kita tidak terikat,”
kata Johari.
FMT

No comments:
Post a Comment