Perdana Menteri beri peringatan dalam mesyuarat Kabinet supaya belanja berhemah
PETALING JAYA: Datuk Seri Najib Razak mengingatkan Kabinet supaya mengamalkan perbelanjaan secara berhemah.
Dalam status tweetnya, Perdana Menteri memberi peringatan itu ketika
mempengerusikan mesyuarat Kabinet yang pertama bagi tahun ini.
“Dalam mesyuarat Jemaah Menteri pertama 2016 yang saya pengerusikan
semalam, saya ingatkan Kabinet untuk belanja peruntukan yang diberikan
secara berhemah,” katanya.
Ingatan berkenaan disuarakan oleh Perdana Menteri ketika kebanyakan
penduduk negara ini merasa beban kenaikan kos sara hidup, yang
dipercayai berpunca daripada kelembapan ekonomi dunia dan pelaksanaan
Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

satu nasihat yang bernas dari Bapa Segala Ketam.....tak malu punya PM....
ReplyDelete