Ia bukanlah untuk menunjuk-nunjuk tetapi hanya sekadar mahu berkongsikan kejayaan.
PETALING
JAYA: Pengasas produk jenama Qu Puteh, Datuk Seri Hasmiza Othman
mendapat nasihat polis selepas mendedahkan kekayaan yang dimilikinya
menerusi sebuah rancangan televisyen.
Beliau yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Vida Beauty Sdn Bhd dan
lebih mesra dipanggil Datuk Seri Vida mengakui perkara itu selepas
menyertai rancangan yang dikendalikan oleh pengacara popular, Datuk
Aznil Nawawi.
Menerusi sedutan video di sebuah laman portal, Hasmiza yang di
temubual oleh wartawan memberitahu, polis ada berkunjung ke rumahnya dan
memberikan nasihat.
“Saya kongsi di dalam Instagram untuk mempertingkatkan keselamatan saya.
“Alhamdullilah, mereka pun sedar dan terpanggil untuk bersama saya dan sedikit sebanyak menasihati apa yang perlu saya lakukan.
“Doakanlah keselamatan saya, kesejahteraan saya dan anak agar
sentiasa dilindungi oleh Allah SWT dan jauhkah mereka yang tidak baik
itu,” katanya.
Mengulas mengenai rancangan berkenaan, Hasmiza berkata, tidak terniat
langsung dalam hatinya untuk menunjuk-nunjuk atau bersikap riak dengan
kemewahan yang dimilik.
Sebaliknya, beliau hanya sekadar mahu berkongsi kepada penonton
berkenaan kejayaan yang dikecapi selama ini selain menjadikannya sebagai
perangsang untk membakar semangat.
“Itu pun saya tak tunjuk benda-benda lain lagi yang sangat soul buat saya. Mana yang boleh dijadikan bahan jelah,” ujarnya lagi.
Baru-baru ini, sebuah rakaman petikan daripada rancangan terbitan
stesen televisyen berbayar Astro yang dihoskan oleh Aznil menjadi viral
di media sosial.
Antara mereka yang mengisi rancangan berkenaan adalah jutawan muda
iaitu Pengasas produk kecantikan D’Herbs, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman
dan Erni Dekritawati Yuliana Buhari atau Rita anak kepada jutawan
kosmetik Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya.
No comments:
Post a Comment