
Menjelang perjumpaan antara Datuk Seri Najib Razak dengan pemimpin
dan wakil rakyat Umno Kedah yang sedang berlangsung, sebuah portal pro
parti itu membuat spekulasi bahawa Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah akan
menggantikan Datuk Seri Mukhiz Mahathir sebagai menteri besar.
Menurut Mykmu.net, Mukhriz pula akan ditawarkan jawatannya sebelum ini iaitu sebagai timbalan menteri antarabangsa dan industri perdagangan.
“Ramai
di kalangan ketua-ketua bahagian Umno Kedah yang sudah berada di Kuala
Lumpur dan sempat penulis temui pun turut menyatakan perkara yang sama.
Penyelesaian
ini dikirakan situasi ‘menang-menang’ bagi menyelesaikan kemelut yang
sedang melanda Umno Kedah sekarang, apatah lagi jawatan menteri besar
memang dikirakan setaraf dengan timbalan menteri,” kata portal itu.
Langkah
itu, kata portal berkenaan akan membuktikan bahawa Najib tidak
mempunyai masalah peribadi dengan Mukhriz seperti yang didakwa oleh
sesetengah pihak.
Mykmu berkata apa yang berlaku adalah Umno Kedah mengalami krisis kepimpinan dan perdana menteri tidak terlibat.
“Tapi
sebagai presiden, pengerusi BN dan perdana menteri, adalah menjadi
tanggungjawab Najib untuk menyelesaikan kemelut yang sedang berlaku
secara baik, ibarat menarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus,
tepung tidak berselerak.
Apa pun keputusan sebenarnya petang ini,” kata portal itu.
Akhbar milik Umno Utusan Malaysia juga membuat spekulasi bahawa Ahmad Bashah bakal dilantik sebagai menteri besar akan datang.
Rabu lalu, Ahmad Bashah mengadakan sidang khas untuk mengisytiharkan bahawa Umno negeri itu hilang kepercayaan terhadap Mukhriz.
Beliau juga menggesa Najib untuk campur tangan dan menggantikan Mukhriz sebagai menteri besar.
Beberapa
pemimpin, yang berada di sidang akhbar itu, kemudiannya mendakwa mereka
kabur dengan agenda mesyuarat meskipun diminta menghadirkan diri.
Mukhriz,
semalam, mendakwa bahawa 95 peratus daripada penduduk di Kedah
menyokongnya, dan beliau tidak akan tunduk kepada tekanan.
Spekulasi
bertiup kencang bahawa serangan ke atas Mukhriz adalah kerana kempen
bapanya, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu menggulingkan Najib.
Mukhriz dilantik sebagai menteri besar selepas pilihan raya umum lalau.
Malaysiakini 22/1/16
No comments:
Post a Comment