FMT
KAFA setuju Datuk Vida jadi penasihat kehormat TRW
PETALING JAYA: Penyokong pasukan bola sepak Kelantan terpaksa menelan
hakikat bahawa warna merah jambu akan menjadi sebahagian identiti
mereka.
Kenyataan itu tampak semakin hampir apabila Persatuan Bola Sepak
Kelantan (KAFA) secara rasmi melantik Ketua Pegawai Eksekutif Vida
Beauty Sdn Bhd Datuk Seri Dr Hasmiza atau lebih dikenali dengan
panggilan Datuk Vida sebagai penasihat kehormat KAFA.
Perkara itu diumumkan sendiri oleh Presiden KAFA Tan Sri Annuar Musa di laman Facebooknya.
“Alhamdullillah perbincangan rasmi KAFA – Datuk Seri Vida selesai
sebentar tadi. Datuk Seri Vida telah mengemukakan 33 point/terma
tambahan dan ianya telah dibincangkan. Tindakan susulan akan di ambil
bersama dan insyaallah 15 Januari nanti segalanya akan di susun dalam
bentuk kontrak rasmi.
“KAFA bersetuju menawarkan Datuk Seri Vida menjadi ‘Penasihat
Kehormat’ KAFA 2016/2017 memandangkan komitmen beliau (Dr Vida) yang
tinggi serta pengelaman yang luas dalam “branding&marketing”
(penjenamaan dan pemasaran). Semoga kerjasama ini memberi manfaat kepada
kemajuan bola sepak Kelantan,” katanya.
Terdahulu, Datuk Vida tetap dengan pendiriannya mahu mengenakan dua
syarat kepada KAFA sebelum menaja pasukan yang berpangkalan di negeri
Cik Siti Wan Kembang itu.
Dua syarat yang ditetapkan ialah, seluruh stadium Sultan Muhammad
Ke-IV di cat warna merah jambu, dan menukar nama pasukan kepada Pamoga
Qu Puteh TRW.

No comments:
Post a Comment