16/1/16
Langkah sebuah sekolah mahu mengenakan bayaran 30sen untuk penggunaan
tandas mendapat perhatian Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid.
“Dalam perhatian pengarah JPN (Jabatan Pendidikan Negeri) Pulau Pinang untuk tindakan susulan,” katanya di Facebook hari ini.
Mahdzir
juga berkongsi sebuah status di Facebook yang menyebut Sekolah Menengah
Kebangsaan St George di Pualau Pinang bakal mengenakan bayaran 30sen
sekali masuk.
Idea itu dikatakan dibuat oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta alumni sekolah tersohor itu.
"Kementerian
Pendidikan Malaysia, JPN, PPD (Pejabat Pendidikan Daerah) masuk campur
isu ini kerana sebagaimana kita tahu, semua sekolah ada kontrak
pencucian kawasan, termasuk tandas yang telah dibayar kerajaan BN yang
tercinta kepada kontraktor," menurut status di Facebook Penang Kini.
Bagaimanapun,
seorang guru sekolah itu Razuan Ibrahim mempertahankan tindakan itu
dengan berkata pelajar mempunyai pilihan tandas percuma.
Dalam
siri komen di Facebook, beliau menulis, pelajar hanya perlu membayar
jika mahu menggunakan tandas berbayar yang lebih bersih.
Beliau berkata langkah itu adalah penyelesaian terakhir jika sikap pelajar menggunakan tandas tidak berubah.
Razuan berkata bukan hanya pelajar tetapi berkata guru-guru juga harus membayar untuk perkhidmatan tandas lebih bersih itu.
Beliau bagaimanapun berkata perkara itu tidak diteruskan selepas mendapat tentangan JPN
Malaysiakini
No comments:
Post a Comment