Bila masa dalam sejarah pimpinan UMNO peringkat negeri berani bertindak mendahului presiden dan Perdana Menteri.
KUALA LUMPUR: Aktivis hak Melayu, Datuk Ibrahim Ali mengesyaki pihak
tertentu telah merestui tindakan pemimpin UMNO Kedah yang menolak
kepimpinan Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Beliau berkata tidak pernah di dalam sejarah pimpinan UMNO negeri berani mendahului Presiden parti.
“Secara logik, tindakan UMNO Kedah dan wakil rakyat berani bertindak demikian kerana sudah pasti ada restu dari pihak tertentu.
“Bila masa dalam sejarah pimpinan UMNO peringkat negeri berani
bertindak mendahului presiden dan Perdana Menteri,” ujarnya dalam satu
kenyataan, hari ini.
Mengulas lanjut, Ibrahim yang sebelum ini pernah bersama UMNO menyatakan suasana politik UMNO/ BN kini amat menggerikan.
“Suasana politik UMNO/BN amat menggerikan. Datuk Seri Anwar Ibrahim
di dalam penjara, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pula telah meninggal dan
Pakatan Rakyat (PR) pula berpecah.
“Sepatutnya, ia telah mengembalikan keyakinan rakyat pada UMNO/ BN
tetapi keadaan sebaliknya berlaku. PR telah mati dan lahir Pakatan
Harapan, namun UMNO/ BN terus diserang penyakit demi penyakit,” ujar
beliau lagi.
Pada masa sama, Ibrahim meminta agar tindakan pemimpin UMNO Kedah itu
diharamkan untuk diikuti oleh mana-mana pemimpin negeri lain.
“Jika isu Mukhriz lemah, bagaimana pula negeri lain. Jika tindakan
ini dihalalkan, maka ia boleh menjadi ikutan negeri-negeri lain.
“Datuk Mustapha Mohamad yang sudah lama menerajui UMNO Kelantan dan
mempunyai jawatan-jawatan dalam kerajaan masih gagal menebus kekalahan
BN di Kelantan. Adakah UMNO Kelantan berpuas hati dengan kepimpinan itu.
“Kalau asyik kalah saja, tetapi berpuas hati dan terus taat setia,
maka mana lebih hebat antara UMNO Kedah dan UMNO Kelantan,” ujarnya.
FMT

No comments:
Post a Comment