Penjajahan dulu mereka punggah hasil mahsul negara dibawa balik ke negara mereka, tetapi dengan TPPA ia diikat dengan perundangan yang tidak mampu untuk bergerak kerana ia akan dibicara bukan di Malaysia. Jika kena saman dan kalah ia akan membawa negara menanggung berbilion ringgit.
Selepas itu Malaysia dan rakyat akan menjadi abdi kepada negara luar. Pengalaman kekalahan tuntutan Pulau Batu Putih dengan Singapura di Mahkamah Antarabangsa sudah menjadi petunjuk kemampuan Malaysia di arena antarabangsa.
Walau pun pemimpin BN mengatakan, mustahil 11 buah negara lain yang bersetuju dengan TPPA membiarkan negara mereka dijajah, oleh itu tidak perlu rakyat Malaysia takut dengan TPPA. Pemimpin Malaysia jangan jadi Pak Pandir dan Mak Andeh, yang mengatakan anak orang juga mati bukan sahaja anak kita yang mati. Kenapa perlu kita ikut negara lain?.
Malaysia sebuah negara yang unik dari segi penduduk yang majmuk, berbagai agama dan budaya, Raja Berpelembagaan, Islam sebagai agama persekutuan, hak istimewa orang-orang Melayu dan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Malaysia ada Kerajaan Tempatan, ada senarai negeri dan ada senarai Persekutuan.
Saya menyeru supaya Ahli Parlimen BN akan menolak TPPA pada sidang khas 26 dan 27 Januari 2016. Jangan ulangi kesilapan sewaktu menyokong GST, kemudian marah kenapa GST menyebabkan barang-barang menjadi mahal di dalam sidang parlimen selepas GST dilaksanakan.
TPPA akan membawa penderitaan sepanjang hayat. Tidak guna air mata berdarah. Mereka mesti menggunakan kebijaksanaan dan rasional untuk kedaulatan negara, bersatu untuk menolak TPPA. Sudah banyak kesilapan kerajaan BN , jangan tambah lagi satu pengkianatan kepada negara. Jangan sokong membawa rebah.
***Kenyataan Media Naib Presiden PAS Ustaz Haji Idris Haj Ahmad yang juga Ahli Parlimen Kuala Kangsar
No comments:
Post a Comment