Ahmd Maslan mengulas pengumuman Najib mengenai
pengubahsuaian Bajet 2016 dengan mengambil kira senario ekonomi supaya
lebih realistik dengan cabaran tahun ini.
KUALA LUMPUR: Keputusan kerajaan untuk mengoptimumkan perbelanjaan
Bajet 2016 tidak akan menjejaskan program khusus yang dibentuk bagi
membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat.
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ahmad
Maslan berkata, kebajikan rakyat akan terus diutamakan agar ia tidak
termasuk dalam pengubahsuaian Bajet 2016
Beliau berkata demikian mengulas pengumuman Perdana Menteri Datuk
Seri Najib Razak mengenai pengubahsuaian Bajet 2016 dengan mengambil
kira senario ekonomi supaya lebih realistik dengan cabaran tahun ini.
“Satu forum penerangan bertajuk #tambahpendapatanrakyat juga akan
diadakan pada 17 Jan ini sebagai satu usaha membantu rakyat dalam
menjana pendapatan mereka,” katanya kepada pemberita di Kampung Baru,
lapor Bernama.
Ahmad yang juga Ketua Penerangan UMNO dalam pertemuan yang sama turut
dilapor menyelar tindakan pengamal media sosial yang gemar memutar
belit kenyataan pemimpin negara ini.
“Saya harap media sosial ‘spin’ sesuatu perkara itu ke arah positif.
Contohnya seperti kenyataan saya yang sering diputarbelitkan
sedangkan mereka tidak melihat secara keseluruhan maklumat yang
dikeluarkan dalam akaun media sosial saya,” katanya.

No comments:
Post a Comment