14 Januari 2016
Samar Badawi dipenjara usai menjalani pemeriksaan selama empat
jam kerana berkempen pembebasan mantan suaminya (Foto: Ensaf
Haidar/Twitter)
RIYADH – Salah seorang peguam pembela Hak
Asasi Manusia (HAM) ternama Arab Saudi, Samar Badawi, ditahan setelah
meminta suaminya dibebaskan di akaun Twitter-nya. Saudari blogger Raif
Badawi itu dipenjara setelah menjalani pemeriksaan selama empat jam.
Isteri Raif Badawi, Ensaf Haidar, mengesahkan bahawa iparnya itu
dipindahkan ke penjara Dharhan di mana Raif juga turut menjalani hukuman
penjara. Menurut Amnesti Internasional dan Yayasan Raif Badawi, Samar
ditahan kerana berkempen pembebasan mantan suaminya Waleed Abu al
Khair di media sosial Twitter. Tidak hanya itu, Samar juga mengunggah
foto al Khair selama berada di penjara.
Abu al Khair berprofesyen sama dengan isterinya sebagai peguambela HAM. Lelaki 36 tahun itu dihukum penjara 15 tahun kerana membela
Raif Badawi. Raif Badawi sendiri dihukum rotan 1,000 kali dan penjara
10 tahun pada 2014 kerana dituduh menghina Islam serta mengkritik rezim
Arab Saudi. Lelaki yang sudah ditahan sejak 2012 itu baru menjalani
hukuman rotan 50 kali dari 1,000 yang wajib dijalaninya.
Seperti dilaporkan The Guardian, Rabu (13/1/2016), Amnesti Internasional dalam pernyataannya menyebut
penahanan Samar sebagai bukti terbaru dari penghinaan Arab Saudi
terhadap HAM. Organisasi non-pemerintah yang berbasis GB itu
juga menuding Riyadh ingin menekan segala bentuk perbedaan pendapat
termasuk yang disampaikan secara damai.
No comments:
Post a Comment