12/1/16

Bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin terus membidas
skandal bauksit dengan mengulas tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM) yang mula menahan mereka yang bertanggungjawab dengan
perlombongan haram secara berleluasa di Kuantan, Pahang.
Dalam
tweet terbaru beliau hari ini, beliau menempelak Ketua Pemuda Umno
Khairy Jamaluddin Abu Bakar supaya tidak memberi harapan palsu kepada
rakyat bahawa pesalah akan ditangkap.
“Ketua
Pemuda Umno Khairy harap main ‘culprit’ dalam isu bauksit akan
ditangkap juga. Cakap bolehlah tapi macam mana mahu tangkap kalau kebal
belaka.
“Lebih baik bagi Khairy membisu dalam isu bauksit daripada
bercakap yang hanya sekadar memberikan harapan palsu kepada rakyat,”
kata Zainuddin yang lebih dikenali sebagai Zam.
Sebelum ini, bekas menteri itu menyoal sama ada SPRM hanya berminat untuk memburu 'ikan bilis' dan melepaskan ikan besar.
“SPRM
nak buru pegawai atasan pejabat tanah dan syarikat. Kenapa tak cekup
yang teratas sekali yang sedang viral dari mulut ke mulut,” katanya
tanpa menyebut nama individu berkenaan.
Namun beliau
memuat-naikkan gambar Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob yang
mengangkat kedua-dua tangan di atas kepalanya.
Zainuddin juga menggesa pemimpin negeri itu supaya berterus terang mengenai isu bauksit.
“Ini
gambarkan betapa beratnya dosa bauksit terletak di atas kepala MB. Dia
patut dedah kepentingan siapa besar sekali,” katanya.
No comments:
Post a Comment