Wednesday, February 3, 2016

Kes Mukhriz: PM mahu pasukan berdisiplin, bersatu

3/2/16

459
Satu kenyataan ringkas dari Pejabat Perdana Menteri berkata Datuk Seri Mukhriz Mahathir terpaksa meletakkan jawatan sebagai menteri besar Kedah kerana beliau sudah hilang sokongan daripada majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

"Perkara ini disebabkan mereka hilang keyakinan terhadap kepemimpinan beliau, sebagai menteri besar dan pengerusi perhubungan Umno negeri, selain mengambil kira persediaan yang perlu dibuat bagi mengekalkan Kedah pada PRU-14," kata kenyataan itu.
“Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak percaya bahawa parti dan kerajaan mesti berdisiplin dan bekerjasama sebagai satu pasukan bagi menangani cabaran ekonomi dan keselamatan yang dihadapi Malaysia ketika ini.
"Umno Kedah sudah menzahirkan sokongan mereka kepada prinsip kesatuan dan disiplin parti itu, yang seterusnya membolehkan parti menunaikan janji yang dibuat pada pilihan raya umum lalu apabila BN diberikan mandat oleh rakyat," kata kenyataan itu lagi.

Selepas kira-kira dua minggu kegawatan politik di Kedah, Mukhriz, pagi tadi menyerahkan surat peletakan jawatannya tetapi berikrar untuk tidak berdiam diri.
Spekulasi bertiup kencang bahawa penyingkirannya tidak ada kena mengena dengan kepimpinannya tetapi kempen ‘panas’ bapanya Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Julai lalu, Najib menyingkirkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai timbalan perdana menteri dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagai menteri pertanian dan industri asas tani.
Kedua-dua mereka lantang bersuara mengenai isu 1MDD, yang kini menjadi tumpuan siasatan antarabangsa.
Mahathir, pula berulang-kali menuduh Najib terbabit dengan banyak salah laku dan memberi amaran bahawa BN akan tumbang pada ilihan raya umum akan datang jika beliau terus menerajui gabungan itu.

Perdana menteri bagaimanapun menafikan beliau menyalahgunakan wang rakyat untuk kepentingan peribadi dan mendakwa tuduhan berkenaan adalah komplot untuk menjatuhkannya.
Selasa lalu, Peguam Negara Mohamed Tan Sri Mohamad Apandi Ali membersihkan Najib daripada sebarang salah laku dalam kes-kes ‘derma’ RM2.6 bilion dan dana RM42 juta milik SRC International yang disalurkan ke dalam akaun bank peribadinya.
Bagaimanapun, pengkritik tetap tidak yakin dan permohonan telah difailkan untuk semakan kehakiman.

Kenyataan Pejabat Perdana Menteri hari ini juga langsung tidak merakamkan pengharagaan terhadap tempoh tugas yang dijalankan oleh Mukhriz ketika menerajui kerajaan 
Malaysiakini

No comments:

Post a Comment