Saturday, February 20, 2016

Muhyiddin dakwa tidak dibenar laksana tugas timbalan presiden Umno

Malaysiakini 20/2/16 

Selepas tidak dibenarkan berucap semasa perhimpunan agung Umno akhir tahun lalu, kini Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa beliau tidak dibenarkan menjalankan tanggungjawabnya sebagai timbalan presiden parti itu.

"Sampai ke hari ini pun dia (Najib) tak benarkan saya jalankan tugas.
"Sudahlah dipecat daripada timbalan perdana menteri, baiklah itu prerogative (budibicara) dia (Najib) walaupun prerogative untuk tidak melantik sebagai menteri itu tidaklah mutlak terutamanya saya sebagai timbalan presiden Umno," katanya.

Muhyiddin berkata demikian ketika berucap dihadapan kira-kira 100 hadirin dalam majlis penyerahan sijil program tuisyen percuma Taman Duyung Intan di Port Dickson, petang ini.

No comments:

Post a Comment