Friday, February 12, 2016

Pas Kelana Jaya lapor polis wang tabung parti lesap

Sinar Harian
Ghazali (empat, kanan) menunjukkan laporan polis yang dibuat berhubung isu kehilangan wang tabung parti berjumlah RM80,000.
SUBANG JAYA - Pas Kelana Jaya membuat satu laporan polis terhadap bekas anggotanya berikutan kehilangan sejumlah wang daripada tabung simpanan parti itu.

Yang Dipertua Pas Kelana Jaya, Mohd Ghazali Daud berkata, mereka menyedari kehilangan wang berjumlah RM80,000 tersebut pada bulan Ogos lalu selepas penstrukturan semula Pas kawasan.

Menurutnya kehilangan berlaku apabila terdapat pengeluaran wang tanpa kebenaran dilakukan.
"Duit itu adalah wang tabung simpanan parti dan ia tidak boleh bertindak secara sesuka hati," katanya kepada Sinar Harian selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Subang Jaya, hari ini.

Mohd Ghazali yang enggan mendedahkan identiti individu terbabit turut memaklumkan bahawa pimpinan Pas juga sebelum ini telah memanjangkan tuntutan sebanyak empat kali secara peribadi.
"Tetapi tiada sebarang respon dan maklum balas diterima daripada individu terbabit berhubung isu kehilangan wang tersebut.

"Saya tidak pasti sama ada wujud unsur pecah amanah atau tidak namun kita serahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan lanjut berhubung perkara ini," katanya.

Ghazali berkata, Pas Kelana Jaya hanya mahukan agar wang berkenaan dapat dikembalikan semula bagi memudahkan segala perancangan parti selepas ini.

No comments:

Post a Comment