Malaysiakini 28/2/16
Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata
Umno tidak mempunyai masalah sekiranya PAS ingin berbaik dengan partinya
itu.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Presiden
PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mengatakan tidak akan terlibat
dalam perhimpunan bagi mendesak perdana menteri meletak jawatan pada 27
Mac ini.
"Baguslah kalau (PAS) nak berkawan baik. Nak berbaik kita
tak ada masalah, nak berbaik tak ada masalah," kata Tengku Adnan
ringkas.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas
melancarkan Kenduri 1Wilayah Persekutuan di kawasan Parlimen Segambut
hari ini.
Dalam laporan Sinar Harian, Hadi berkata beliau tidak akan menyertai sebarang himpunan bagi mendesak perdana menteri melepaskan jawatannya.
Hadi
juga dipetik sebagai berkata, beliau merupakan seorang yang hanya
'anti' Umno tetapi bukan orang yang berada dalam parti itu.
Sebelum
ini, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim
menyuarakan hasrat untuk menganjurkan satu perhimpunan bagi mendesak
Najib berundur
Bagaimanapun, Zaid berkata, acara yang dijadualkan
pada 27 Mac itu bukan merupakan bantahan awam tetapi satu acara
‘tertutup’ dan atas ‘jemputan sahaja’ kepada kira-kira 1,000 orang.
No comments:
Post a Comment