9/3/16
"Saya akan lawan! Saya akan lawan dengan berusaha supaya mencipta lebih banyak kejayaan, lebih banyak kebaikan untuk rakyat!.
"Saya
akan lawan dengan berusaha keras supaya Terengganu dihormati kawan dan
lawan. Saya akan lawan dengan berusaha supaya kita dapat hapuskan
sebarang bentuk rasuah dan penyelewangan. Kalau saya mati sekalipun,
saya mati melawan."
Demikian ikrar Menteri Besar Datuk Seri Ahmad
Razif Abdul Rahman ketika sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) berhubung
tindakan bekas menteri besar dan juga Adun Kijal Datuk Seri Ahmad Said
mengemukakan cadangan usul undi tidak percaya terhadapnya (Ahmad Razif)
semalam tetapi ditolak speaker DUN Datuk Mohd Zubir Embong.
Abdul
Razif berkata sejak awal mengambil tugas sebagai Menteri Besar (MB),
beliau sentiasa menjadikan tiga bekas MB iaitu Tan Sri Wan Mokhtar
Ahmad, Datuk Seri Idris Jusoh dan Ahmad sebagai ikon.
"Saya raikan
mereka dalam satu majlis semata-mata bertujuan memperingati dan
menunjukkan rasa hormat saya terhadap jasa dan sumbangan mereka, namun
malangnya Adun Kijal tidak hadir.
"Saya mahu rakyat tahu bahawa
saya menyambung kerja-kerja baik dan asas yang telah mereka letakkan
untuk pembangunan Terengganu. Siapalah saya berbanding mereka. Saya
hanya cikgu sekolah.
"Saya mengharapkan ketiga-tiga bekas MB ini
dapat bersama-sama membantu saya dan kerajaan dalam memajukan negeri.
Jika kebaikan dibalas dengan kejahatan, itu adalah dendam," katanya.
Ahmad
Razif turut menyatakan bahawa beliau merasa pelik apabila dikatakan
membuat konspirasi untuk menafikan sumbangan Ahmad sewaktu beliau
menjadi MB.
Katanya, sekiranya terdapat kebaikan yang disebut oleh
pihak lain ketika beliau menjadi menteri besar, ia sebenarnya adalah
kebaikan yang dimulakan oleh Barisan Naisonal (BN) terdahulu.
"Misalnya,
Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) telah siap ketika saya menjadi MB namun
kerja-kerja awal telahpun bermula ketika zaman Wan Mokhtar lagi. Begitu
juga stadium, ITC Kemaman, Sekolah Menengah IMTIAZ dan pelbagai projek
yang sebelum ini terbengkalai atau dibiarkan lesu.
"Saya sambung
dan selesaikan. Saya tidak menafikan sumbangan sesiapa, malah saya
selesaikan apa yang tidak selesai dan tambah nilai apa yang belum
selesai.
"Saya sentiasa katakan bahawa kita harus sentiasa
memandang ke hadapan. Kita jangan lupa, apabila kita tinggalkan sesuatu
jawatan, kita mungkin tinggalkan bukan sahaja legasi baik tetapi mungkin
ada legasi tidak baik," katanya.
Dalam masa sama, beliau turut
memuji tindakan Idris yang hadir secara konsisten dalam sidang DUN
walaupun telah menyerah tugas, namun ia berbeza dengan keadaan Ahmad,
yang mana beliau kerap tidak hadir.
"Yang sudah tu sudahlah. Saya
teringat kata-kata yang diucap sendiri oleh Adun Kijal, 'kalau takut
dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai. Kita orang politik
jangan berkecil hati, jangan makan hati, jangan rasa hati dan mesti
berhati-hati'.
"Saya akui saya hanyalah seorang cikgu dan cikgu
ini sifatnya sentiasa akur dan menerima, jarang sekali membantah. Diseru
dan dipanggil...kita datang. Disuruh pergi..kita pulang.
"Tetapi
sesiapa sekalipun, sama ada dia seorang cikgu atau bukan, sekiranya
asyik diasak dan maruhnya dihina, dia akan melawan. Saya akan lawan!",
katanya sebelum mengakhiri ucapan yang mendapat tepukan gemuruh dalam
kalangan barisan kerajaan.
-Bernama
No comments:
Post a Comment