Sayap Wanita MIC bidas tindakan Perkasa memetik Agong, Islam
PETALING
JAYA: Membantah ceramah Dr Zakir Naik diadakan di Malaysia tiada kena
mengena dengan mencabar Yang di-Pertuan Agong dan kedudukan Islam.
Ketua Wanita MIC, Mohana Muniandy berkata demikian menjawab amaran
Perkasa kepada Pemuda MIC yang meminta pihak berkuasa menghalang Zakir
daripada berceramah dalam beberapa siri wacana.
Malah, tindakan Perkasa memetik Agong dan Islam disifatkan sebagai melampau.
“Jangan gunakan Islam dan Agong untuk mengugut rakyat,” kata Mohana, ketika dihubungi FMT.
Mohana menjelaskan Malaysia menelusuri laluan kesederhanaan dan Zakir
dikenali sebagai pendakwah melampau yang memperkecilkan agama-agama
lain.
Di kala perpaduan amat mendesak, Mohana berkata Perkasa sepatutnya bersama membendung segala bentuk ekstremisme.
“Kita tidak perlukan seseorang seperti Zakir. MIC bantah semua penceramah ekstrem, walau apapun agama yang mereka sebarkan.”
Beliau berkata MIC akan terus mendesak Zakir dihalang daripada
berceramah di Malaysia kerana memperkecilkan agama lain tidak sesuai
untuk masyarakat.
Sebelum ini, Ketua Pemuda Perkasa, Irwan Fahmi Ideris memberi amaran
kepada MIC untuk tidak menimbulkan amarah orang Islam dengan bantahan
mereka.
Irwan mengingatkan MIC akan kedudukan Islam dan mendakwa bantahan MIC
sama seperti tidak menghormati Agong sebagai ketua agama Islam
No comments:
Post a Comment