PUTRAJAYA - Pengenalan gred baharu dan pemansuhan beberapa gred lama
adalah antara penambahbaikan 252 skim perkhidmatan awam di bawah Sistem
Saraan Malaysia (SSM) yang akan diumumkan kerajaan, Khamis ini.
Selain perkhabaran baik untuk kakitangan awam yang sedia ada,
penambahbaikan itu juga akan membawa manfaat kepada kakitangan baharu
yang akan dilantik.
Presiden CUEPACS, Datuk Azih Muda berkata, dalam penambahbaikan itu,
gred 17 dan 27 akan dimansuhkan dan digantikan dengan gred yang lebih
tinggi.
"Gred 17 dinaikkan ke gred 19, manakala gred 27 menjadi 29. Begitu juga
dengan gred 22 akan dinaikkan ke gred 26. Gred 41 dikekalkan.
LAIN ELAUN MASIH KEKAL
LAIN ELAUN MASIH KEKAL
"Susulan penambahbaikan itu juga, tangga gaji pokok turut meningkat
selaras dengan kenaikan gred mereka. Namun lain-lain elaun masih
dikekalkan," katanya kepada Berita Harian semalam.
Gred 17, adalah kakitangan yang mempunyai kelayakan Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM), gred 27 (kelayakan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia
dan pemegang Diploma).
Azih berkata, kakitangan awam juga akan diberi pilihan sama ada menerima skim baharu atau mahu kekal dengan gred lama.
Katanya, penambahbaikan itu juga akan mewujudkan laluan kerjaya yang lebih baik berdasarkan tangga gaji maksimum terbaru.
Beliau mengulas pengumuman Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri
Mohamad Zabidi Zainal di Pulau Pinang semalam, bahawa kakitangan awam
akan menerima pelbagai manfaat baharu hasil penambahbaikan 252 Skim
Perkhidmatan Awam di bawah SSM yang akan diumumkan Khamis ini.
Mohamad Zabidi menyifatkan penambahbaikan skim itu sebagai yang paling
menyeluruh dan memberi banyak faedah kepada penjawat awam dan
berkuatkuasa 1 Julai depan.
Katanya, penambahbaikan itu turut membabitkan peluang kenaikan pangkat
lebih luas bagi penjawat awam selain langkah menarik bakat baharu bagi
berkhidmat dalam bidang utama perkhidmatan awam.
"Penambahbaikan ini dibuat selepas kita mengambil kira pelbagai
pandangan daripada 87 rundingan bersama semua kesatuan dan kumpulan
sekerja berkaitan bagi menjamin kebajikan 1.6 juta penjawat awam di
negara ini.
PEKELILING DIMUAT NAIK MULAI KHAMIS

No comments:
Post a Comment