Bahagian dada mangsa juga terdapat kesan tekanan kerana mulut masa ditekup dan menghalang untuk nangsa bernafas.
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi diberitahu, Timbalan Pendakwa Raya,
Datuk Anthony Kevin Morais mati akibat kepalanya diserkup plastik
menyebabkan mangsa tidak boleh bernafas dan meninggal dunia.
Pakar Perunding Perubatan Forensik, Jabatan Perubatan Forensik
Hospital Kuala Lumpur, Dr Nurliza Abdullah berkata, beg plastik itu juga
telah diketatkan di bahagian kepala yang telah menyebabkan mangsa tidak
boleh bernafas.
“Mangsa tidak boleh dapatkan oksigen untuk terus hidup pada keadaan
sedemikian dan ayat yang lebih sesuai adalah seperti ditekup.
“Mayat juga dalam keadaan beg plastik meliputi bahagian kepala serta
diketatkan beg plastik itu pada bahagian muka. Ini mengakibatkan
gangguan kemasukan udara dan menyebabkan mangsa mati kerana kekurangan
oksigen.
“Pada bahagian dada mangsa juga terdapat kesan tekanan kerana mulut masa ditekup dan menghalang untuk nangsa bernafas,” katanya.
Dr Nurliza, 51, membuat penjelasan itu selepas ditanya peguam
tertuduh Datuk N Sivananthan mengenai penggunaan perkataan
‘kebarangkalian’ terhadap punca kematian Kevin Morais.
Semalam, Dr Nurliza memberitahu mahkamah, kebarangkalian Kevin Morais mati akibat kelemasan udara atau ‘probable asphyxiation’.
Beliau membuat kemungkinan itu kerana tiada sebarang kesan tembakan dan pendarahan dalaman ditemui pada mayat Kevin Morais.
“Mangsa dikesan berkemungkinan mati akibat kekurangan oksigen setelah
mendapati tiada sebarang kesan luaran seperti kesan-kesan kecederaan
daripada benda tajam.
“Selain itu, tiada kesan tembakan, pembakaran, kesan patah tulang dan
pendarahan dalaman dijumpai pada tubuh mayat (Kevin Morais),” katanya.
Beliau memberi keterangan dalam perbicaraan kes pakar patalogi
tentera, Kolonel Dr. R.Kuneseegaran, 53 yang didakwa bersubahat dengan
enam lelaki untuk membunuh Kevin Morais, 55.
Kevin Morais dilaporkan hilang ketika dalam perjalanan dari rumahnya
di Jalan Dutamas Raya, Sentul dan mayatnya dijumpai di Subang Jaya pada
16 September 2015.
Kunaseegaran yang digantung tugas didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 302 akta sama.
Enam lagi tertuduh iaitu empat penganggur, G.Gunasekaran, 48,
R.Dinishwaran, 24, A.K.Thinesh Kumar, 23, M.Vishwanath 26, pelajar
kolej, S.Ninalan, 23, dan pemberi pinjaman wang, S.Ravi Chandran, 45
didakwa membunuh mangsa pada masa, tarikh dan tempat sama dan dituduh
mengikut akta yang sama.
Kedua-dua seksyen tersebut memperuntukkan hukuman mati mandatori. Perbicaraan masuk hari kelima hari ini.
Terdahulu, Nurliza juga telah mengesahkan beberapa bahan bukti yang dikaitkan dengan kematian Kevin Morais.
Antara barang yang dijumpai seperti tali leher yang diikat pada
pergelangan tangan Kevin, dawai yang mengikat guni mayat mangsa, rantai,
dan Keychain.

No comments:
Post a Comment