Bekas timbalan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini
membidas Datuk Seri Azalina Othman Said di kawasan menteri di jabatan
perdana menteri itu sendiri iaiti Pengerang.
Beliau membawa isu
Azalina mengumumkan bahawa Laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara
(PAC) yang melepaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Rzak dari
segala salah laku walaupun dokumen itu memperlihatkan sebaliknya.
Laporan
itu, katanya, mengenengahkan Perdana Menteri sebagai bertanggungjawab
dalam meluluskan urusniaga syarikat tersebut dan berbilion ringgit yang
lenyap begitu sahaja.
"Ia menunjukkan banyak salah laku.
"Bagaimana
seorang perdana menteri, di samping menteri yang sepatutnya menjaga hal
perundangan, apa nama dia, Azalina - berkata tiada salah laku, apakah
beliau boleh baca?" kata beliau semasa ceramah kepada ahli-ahli akar
umbi Umno di Pengerang, Johor hari ini.
Muhyiddin juga mengingatkan Azalina bahawa beliaulah orang yang mencipta platform politik untuk Ahli Parlimen Pengerang itu.
"Ketika saya menjadi menteri besar (Johor), Azalina tiada disitu.
"Apabila dia menjadi Ketua Puteri Umno sebab saya galakkan dia. Saya tubuhkan Puteri Umno dan perlembagaan parti dipinda.
"Namun beliau telah terlupa. Melayu mudah lupa, termasuk ketua cawangan anda," katanya.
Bercanggah
dengan kenyataan kerajaan, Muhyiddin berkata, laporan PAC menemukan
sekurang-kurangnya RM28 bilion atau AS$7 bilion dana 1MDB telah lenyap
dan menggesa orang ramai membaca laporan itu sendiri.
"Siapa meluluskan transaksi tersebut? Najib telah meluluskan semua transaksi itu," jelasnya.
Beliau
turut menimbulkan bahawa PAC menemui, tidak seperti syarikat biasa,
semua urusan utama 1MDB telah diluluskan oleh pengerusi lembaga
penasihat syarikat, iaitu Najib.
"Ini RM28 bilion tidak boleh melayang meninggalkan negara tanpa kelulusan Najib.
"Jadi, kemana duit itu telah pergi? Bolehkah beliau menjelaskan?" katanya.
No comments:
Post a Comment