SHAH ALAM - Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad
Shabery Cheek hari ini berkata mematuhi syariah bukan sekadar dalam
berpakaian atau pemakanan sahaja.
Sebaliknya, lebih sukar lagi dalam mematuhi syariah itu dari segi ketepatan waktu dan mematuhi janji.
“Yang lebih sukar dalam mematuhi syariah bukan sekadar pakaian dan
makan minumnya tetapi ketepatan waktu, efisien, mematuhi janji dan
memberi perkhidmatan yang lebih baik dari yang lain. Semoga berjaya,”
tulisnya pada laman Facebook, hari ini.
Kenyataan itu ditujukan kepada syarikat penerbangan patuh syariah
pertama di Malaysia, Rayani Air yang kini sedang menghentikan operasinya
sementara waktu berdasarkan gambar yang turut dikongsi beliau pada
status tersebut.
Hari ini, Rayani Air mengumumkan pemberhentian operasinya buat
sementara untuk penyelenggaraan pengurusan melalui akaun Facebooknya.
[ARTIKEL BERKAITAN: Rayani Air henti operasi sementara]
Melalui laporan media tempatan, ada penumpang mendakwa juruterbang
Rayani Air telah melancarkan mogok hingga menyebabkan sekurang-kurangnya
tiga penerbangan dibatalkan, semalam.
Rayani Air turut berkongsi laporan berita mengenai juruterbangnya yang didakwa mogok itu di akaun Facebook rasminya itu.
No comments:
Post a Comment