Penganjur akur nasihat Ketua Polis Negara dan akan berbincang topik yang sesuai dengan kepelbagai agama dan kaum di Malaysia.
PETALING
JAYA: Selepas mengambil kira bantahan dan mendengar pendapat banyak
pihak, penganjur syarahan umum Dr Zakir Naik di Melaka pada 17 April ini
akhirnya bersetuju untuk menukar tajuk syarahan itu.
Jurucakap penganjur, Firdaus Wong Wai Hung berkata pihaknya akan
berbincang dengan pihak berkuasa untuk memilih tajuk yang sesuai dan
tidak menjejaskan ketegangan agama dan kaum di negara ini.
“Kami sebagai penganjur sentiasa yakin dengan keputusan dari PDRM dan
sebagai rakyat Malaysia bersedia mematuhi segala peraturan yang
ditetapkan oleh pihak berkuasa.
“Kami bersedia menukar topik dengan berbincang dengan pihak berkuasa
bagi memastikan kelancaran program serta ingin mengalakkan dan menjemput
rakyat berbilang bangsa untuk turut hadir ke program Dr Zakir Naik di
Malaysia,” katanya kepada FMT.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam kenyataan
terbaharu dilaporkan berkata, syarahan itu boleh diteruskan jika topik
perbincangan tidak menjejaskan keharmonian beragama di negara ini.
Pemimpin politik dan NGO bukan Islam membantah syarahan Zakir Naik
kerana penceramah berasal dari India itu didakwa pernah menghina agama
lain.
Mereka juga mendesak kerajaan menghantar pulang Zakir Naik dan
mengharamkan beliau masuk ke nagara ini. Singapura dan United Kingdom
pernah mengeluarkan arahan melarang Zakir Naik masuk ke dua-dua negara
itu.
Pemimpin politik Islam pula mempertahankan Zakir Naik dan menganggap
arahan Khalid sebelum ini supaya syarahan umum di Melaka dibatalkan
sebagai melanggar demokrasi dan kebebasan beragama di negara ini.
Mereka juga mendesak pihak yang mendakwa Zakir Naik menghina agama
supaya datang ke syarahan dan berhujah secara intelektual bukan membuat
serangan dari jauh
No comments:
Post a Comment