Menamakan Zahid Hamidi sebagai calon menggantikan Najib Razak adalah satu kesilapan kerana cadangan itu dibantah rakyat.
PETALING JAYA : Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, menamakan Datuk Seri
Ahmad Zahid Hamidi sebagai calon Perdana Menteri bagi pengganti Datuk
Seri Najib Tun Razak adalah satu kesilapan.
Bekas Perdana Menteri itu berkata, kebanyakan rakyat Malaysia menolak Timbalan Perdana Menteri itu sebagai pengganti Najib.
“Zahid beritahu saya untuk terus bersuara mengenai isu derma. Saya
rasa Zahid yang patut bertindak lebih dari saya. Namun, malangnya, dia
tidak berbuat apa-apa
“Apabila namanya tersilap sebut sebagai calon berpotensi menggantikan
Najib, orang ramai berteriak kerana suara rakyat yang bebas menolak
Zahid,” katanya dalam entri terbarunya.
Sebelum ini, bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin
bersetuju untuk menjadikan Zahid sebagai calon pengganti jika usaha
menyingkirkan Najib menemui kejayaan.
Namun, Timbalan Presiden UMNO yang digantung jawatannya itu berkata,
biarlah matlamat utama Deklarasi Rakyat untuk menjatuhkan Najib berjaya
sepenuhnya.
Dalam perkembangan lain, Dr Mahathir berkata, kenyataan Menteri Luar
Arab Saudi Adel Al-Jubeir bahawa pihaknya sedar Peguam Negara Tan Sri
Mohamad Apandi Ali telah menjalankan siasatan teliti mengenai isu derma
RM2.6 bilion ke akaun Perdana Menteri tetapi tidak bermakna beliau
setuju tiada salah laku.
Katanya, banyak negara di dunia tahu dan sedar dengan siasatan serta
kenyataan yang dibuat Peguam Negara tetapi tidak bermakna negara
berkenaan setuju dengan keputusan yang dibuat Apandi.
“Jika anda bertanya kepada mereka jika mereka sedar, mereka akan berkata, ‘ya mereka sedar’.
“Jika ditanya sama ada mereka percaya dalam banyak-banyak kenyataan
Peguam Negara, bahawa RM2.6 bilion adalah sumbangan di mana Perdana
Menteri boleh membuat apa yang sahaja yang disukainya dengan duit itu
dan Najib tidak pernah melakukan perkara salah, jawapan mereka sudah
tentu ‘tidak, mereka tak percaya,” kata Dr Mahathir.

No comments:
Post a Comment