Sekitar 1,000 kakitangan Malaysia Airlines Berhad (MAB) akan
kehilangan pekerja apabila kontrak sementara yang disandang mereka lupus
hujung bulan ini.
Presiden Kesatuan Kebangsaan
Anak Kapal Kabin Malaysia (Nufam), Ismail Nasaruddin berkata, keadaan
ini pastinya menambah keperitan di kalangan ahli-ahlinya terutama mereka
yang berkeluarga.
"Apakah yang membimbangkan lagi ialah masih ramai di
kalangan mereka yang diberhentikan sebelum ini masih belum bekerja dan
mengharapkan bantuan dari kerajaan.
"Ini sungguh mengecewakan dan suatu skim pembuangan
pekerjaan harus dilancarkan secepat mungkin bagi membantu mereka yang
kehilangan keupayaan untuk bekerja," jelasnya dalam kenyataan.
Kira-kira enam bulan yang lalu, hampir 3,000 bekas
kakitangan Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) yang kemudiannya menukar
nama kepada MAB telah memfailkan aduan kepada Jabatan Perhubungan
Perusahaan atas alasan mereka diberhentikan secara tidak wajar.
Sebahagian besar pekerja membuat aduan bahawa perkhidmatan mereka ditamatkan tanpa mengikut prosedur yang betul.
Baru-baru ini, MAB yang sedang berdepan dengan krisis
kewangan turut dikejutkan dengan pengumuman pengunduran Christoph
Mueller sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan MAB yang
dikhuatiri mengundang lebih banyak masalah.
Mengulas lanjut, Ismail berkata, pihaknya mencadangkan
agar syarikat menyalurkan dana kepada skim ini dalam usaha memberi
bantuan perlindungan hidup sehingga pekerja itu mendapat pekerjaan yang
baru.
"Kerajaan harus mengambil initiatif ini selaras dengan
beberapa negara telah lama membantu pekerja yang telah dibuang oleh
syarikat mereka.
"Jika tiada bantuan, mereka akan hilang kepercayaan
kepada mana-mana kesatuan dan agensi kerajaan yang pernah menyatakan
akan membantu mereka," katanya lagi.
Bagi pekerja yang bakal kehilangan pekerjaan mereka bulan
depan, Nufam menasihatkan mereka agar memfailkan kes pemberhentian
kerja dengan kesatuan dan Jabatan Perhubungan perusahaan (JPP) dalam
tempoh 60 hari.
No comments:
Post a Comment