Saturday, May 14, 2016

Agong tiada peruntukkan pecat Perdana Menteri

 1 0 0 1
 | May 14, 2016
Salleh berkata, amat sedikit yang boleh dilakukan oleh Seri Paduka berkenaan petisyen itu.
salleh-keruak_najib_new_600
KUALA LUMPUR: Perlembagaan Persekutuan tidak mempunyai sebarang peruntukkan yang membolehkan Yang di-Pertuan Agong untuk memecat Perdana Menteri.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata demikian merujuk kepada gembar-gembur mengenai satu juta tandatangan telah dikumpul bagi kempen “Selamatkan Malaysia” yang sepatutnya digunakan untuk menjatuhkan Perdana Menteri.
Salleh berkata, amat sedikit yang boleh dilakukan oleh Seri Paduka berkenaan petisyen itu.

“Sudah tentu, ia cuma untuk memberi gambaran bahawa Perdana Menteri telah kehilangan sokongan, anda sentiasa boleh mendapatkan satu juta tandatangan dan menghantar petisyen mengandungi tandatangan ini kepada Agong.

“Tetapi persoalannya kemudian ialah apa? Adakah kamu akan mendesak Agong memecat Perdana Menteri walaupun itu menyalahi undang-undang?, katanya menerusi catatan dalam blog beliau sskeruak.blogspot.com, semalam.

Walaupun orang berkata bahawa kerajaan perlu menghormati dan mematuhi Perlembagaan, mereka yang menentang kerajaan juga harus melakukan perkara yang sama, katanya.
Menurutnya, Perlembagaan secara khusus menyatakan bahawa Anggota Dewan yang mendapat kepercayaan majoriti Anggota-anggota Dewan dipilih menjadi Perdana Menteri.

“Atas semangat yang sama, jika Perdana Menteri hilang sokongan majoriti Ahli-ahli Dewan, maka beliau perlu meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.

“Ini bermakna bukan hanya Perdana Menteri tetapi parti yang dipimpin Perdana Menteri disingkirkan dan parti dari pihak lain mendapat kepercayaan untuk membentuk kerajaan baharu,” katanya.
Beliau bagaimanapun tidak menafikan ruang untuk berbuat demikian iaitu jika anggota-Anggota Parlimen dari parti yang memerintah berpaling ke kem pembangkang.

“Selain itu, tiada peruntukan dalam Perlembagaan yang membolehkan Agong memecat Perdana Menteri.
“Parti pimpinan Perdana Menteri sendiri harus berbuat demikian (seperti dalam kes Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim) atau Anggota Parlimen dari parti pimpinan Perdana Menteri sendiri perlu menyeberang ke kem pembangkang (seperti dalam kes Menteri Besar Perak Nizar Jamaluddin),” katanya.

No comments:

Post a Comment