Friday, May 27, 2016

Kalaulah Tok Guru masih ada...

Nik Abdul Aziz Nik Mat
Nik Abdul Aziz Nik Mat
SHAH ALAM – Pemuda Pas Kelantan menadah kesyukuran di atas kejayaan Presiden parti berkenaan, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membentangkan Rang Undang-undang (RUU) Persendirian bagi tujuan meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965.

Ketua Pemuda Pas Negeri Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari turut menggambarkan alangkah baiknya sekiranya kejayaan yang diperjuangkan itu dapat disaksikan sendiri oleh bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

“Bumi Kelantan menadah syukur kepada ALLAH di atas kejayaan Tuan Guru Presiden membentangkan RUU Persendirian untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965.

“Jikalah tok guru masih ada...,”katanya menerusi kemas kini status di laman sosial Facebook nya hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Hadi berjaya bentang, bahas sidang akan datang]

Menurut Ahmad Fadhli, kejayaan tersebut secara tidak langsung merintis jalan kepada penguatkuasaan sebahagian Enakmen Kanun Jenayah Syariah II (1993) 2015 di negeri Kelantan yang telah di bentang oleh Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob pada bulan Mac tahun lepas.

Katanya, kejayaan awal Pas membawa RUU Persendirian tersebut turut disifatkan sebagai satu langkah bersejarah.

“Ia bukannya satu langkah yang tercipta dengan sekelip mata. Benar ia hanya tiga minit, tetapi tiga minit bersejarah itu telah didahului dengan pelbagai perkembangan besar di dalam politik tanah air.

“Sehingga boleh dikatakan bahawa punca utama perpecahan PR selepas Pilihan Raya Umum ke 13(PRU13) yang lalu ialah berikutan kegagalan DAP untuk menerima pendirian Pas bagi meneruskan agenda memartabatkan perundangan Islam di negara ini,”katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Fadhli memaklumkan bahawa Kerajaan Kelantan wajib bersedia untuk mengorak langkah menjadi negeri pertama menyahut usaha memartabatkan Mahkamah Syariah

Katanya, umat Islam di negara ini seharusnya matang menilai memandangkan Pas selaku parti pembangkang sudah berusaha sedaya upaya untuk memartabatkan syariat Islam.

“Maka bayangkan jika Pas sebagai sebuah parti kerajaan. Anak muda Kelantan sujud syukur di hening pagi Jumaat ini. Ia adalah hadiah kepada kami rakyat Kelantan,”katanya

4 comments:

  1. Adakah RUU ni berjaya diluluskan nanti?mengapa RUU ni diberi keutamaan sebelum RUU kerajaan yang lain dibentangkan?Sepatutnya PAS fikirkan cadangan Azalina utk mempercepatkan pembentangan RUU ini. Tidakkah Azalina dan UMNO mempunyai agenda tersembunyi di ambang 2 PRK 18 Jun ini?
    Adakah diberi laluan membentang RUU ini menjadikan ketiadaan TGNA sebagai suatu yang terkilan?macam mana pula tindak tanduk Pres PAS selepas pemergian TGNA menjadikan PAS sebagai momokan dan cemuhan pelbagai bangsa di negara ini?kemana PAS selepas ini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan.sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976, atau KLIK DISINI, insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

      Delete
  2. Pas adalah parti orang BODOH. Yang tahu fikir selapis saja. Tak tahu fikir lebih sikit apa disebaliknya, apa akibatnya, kenapa musuh tiba2 membantu

    ReplyDelete
  3. Pas adalah parti orang BODOH. Yang tahu fikir selapis saja. Tak tahu fikir lebih sikit apa disebaliknya, apa akibatnya, kenapa musuh tiba2 membantu

    ReplyDelete