Calon PAS tidak akan mendapat undi yang lebih berbanding ketika PRU ke-13, di saat parti itu mewakili Pakatan Rakyat.
KUALA LUMPUR: PAS perlu menjadikan keputusan Pilihanraya Umum (PRU)
2004 sebagai petunjuk kepada kekuatan mereka di Sungai Besar dan Kuala
Kangsar, bukannya keputusan PRU lalu, kata pemimpin veteran DAP Lim Kit
Siang.
Beliau berkata, PAS bertanding bagi pihak Pakatan Rakyat pada PRU
ke-13, berbeza dengan keadaan sekarang di mana parti itu tidak lagi
bergabung dengan DAP dan PKR.
“Keputusan PRU ke-13 bukanlah petunjuk yang boleh dipercayai untuk
mengukur trend mengundi bagi calon-calon PAS, kerana cerminan yang lebih
tepat ialah PRU tahun 2004.
“Calon PAS dalam dua PRK ini tidak akan mendapat undi yang banyak
berbanding pada PRU lalu, kerana PAS telah mengesampingkan segmen
pengundi yang signifikan di kedua-dua kawasan dan sudah bukan lagi parti
komponen Pakatan Rakyat,” katanya dalam satu kenyataan.
Pada PRU 2013, PAS hanya kalah tipis pada calon BN, dengan kekurangan 339 undi di Sungai Besar dan 1,082 undi di Kuala Kangsar.
Ia jauh berbeza pada PRU 2004, di mana PAS kalah dengan kekurangan 7,349 undi di Sungai Besar dan 5,557 undi di Kuala Kangsar.
Justeru, beliau mengingatkan PAS agar mengambil kira perbezaan dua
keputusan PRU tersebut jika ingin menang dalam dua PRK yang akan
berlangsung pada 18 Jun ini.
“Ia lebih relevan berbanding angka-angka pada PRU 2008 dan 2013, dan
harus diambil kira jika objektif utama adalah untuk mempertimbangkan
cara terbaik bagi memenangi PRK ini dan terus memberi tekanan kepada
Najib,” kata Ahli Parlimen Gelang Patah itu lagi.
Beliau turut memaklumkan, Majlis Presiden Pakatan Harapan belum
membuat keputusan berhubung kedua-dua PRK tersebut, terutama soal
meletakkan calon.
Beberapa pemimpin PAS, antaranya Timbalan Presiden Datuk Tuan Ibrahim
Tuan Man dan Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria sebelum ini
mengingatkan Pakatan Harapan agar tidak bertanding di sana, memandangkan
ia adalah kerusi tradisi PAS dan bagi mengelakkan pertembungan tiga
penjuru

Cuba kita teliti, yang mana lebih cerdik dalam memperkatakan tentang pilihanraya: ahli parti pak2 lebai atau yang tidak berada dalam parti pak2 lebai.
ReplyDelete