Wednesday, May 11, 2016

Rosyam Nor bintangi filem Tamil bersama Rajinikanth

 | May 11, 2016
Walau hanya melakonkan watak sampingan, tetapi beliau bangga dapat muncul di samping Rajinikanth yang digilai ramai.
rosyamno_kabali
KUALA LUMPUR: Penerbit dan pelakon Datuk Rosyam Nor akan muncul bersama pelakon legenda India, Rajinikanth dalam filem bertajuk Kabali yang bakal menemui penonton di pawagam pada Julai depan.
Teaser filem yang menjalani penggambarannya di Malaysia itu sehingga kini sudah ditonton sebanyak 16 juta kali di YouTube sejak ia dilancarkan 30 April lalu.

Rosyam atau nama sebenarnya Mohamed Noor Shamsuddin, 49, berkata walau hanya muncul sebagai watak sampingan, banyak ilmu dapat ditimba daripada Rajinikanth dan krew produksi filem tersebut.
“Saya pada awalnya terkejut dia datang berbual dengan saya dan bertanya pelbagai soalan mengenai karier saya di Malaysia.
rosyamno_kabali1“Dia juga bertanya kenapa saya bersetuju berlakon dalam filem berkenaan menerusi watak sampingan walaupun saya ada pengalaman besar dalam bidang lakonan.

“Saya beritahu dapat bersama dia adalah satu kejayaan besar dalam karier saya dan ia pengalaman yang mungkin tidak akan ada lagi selepas ini,” katanya kepada mStar Online.

Selain Rosyam, dua lagi pelakon tempatan yang turut terlibat dalam filem Kabali adalah Norman Hakim dan Zack Taipan.
Rosyam berkata, beliau sangat mengagumi aura pelakon itu yang masih digilai ramai meskipun usianya kini mencecah 65 tahun.

“Saya tidak banyak dialog tetapi muncul di samping Rajinikanth ialah pengalaman dan profil menarik untuk saya sebagai pelakon,” katanya.
Katanya, sejak terbabit dalam filem itu beliau kini mempunyai lebih ramai peminat di kalangan masyarakat bukan Melayu

No comments:

Post a Comment