Monday, June 27, 2016

Ahmad Husni umum lepas semua jawatan

Ahmad Husni
Ahmad Husni
SHAH ALAM - Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah hari ini mengumumkan peletakan jawatan sebagai Bendahari Umno dan Bendahari Agung Barisan Nasional (BN) hari ini.
Peletakan jawatan tersebut disahkan oleh Setiausaha Politiknya, Datuk Shamsul Zairil Kamaruddin melalui kenyataan media yang dikeluarkan pada hari sama.

Selain daripada itu, Husni turut meletakkan jawatan sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Perak, Timbalan Pengerusi BN Negeri Perak, Ketua Umno Bahagian Tambun dan Pengerusi BN Parlimen Tambun.

Dalam pada itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut memaklumkan mengenai peletakan jawatan Ahmad Husni sebagai Menteri Kewangan II ketika mengumumkan rombakan kabinet dalam sesi sidang media khas yang berlangsung petang ini.

Menerusi ucapan beliau, Najib turut memaklumkan bahawa beliau menerima keputusan Ahmad Husni dan mengucapkan jutaan terima kasih di atas khidmat baktinya selama ini.

1 comment:

  1. Pasti ada yang tidak kena di sana tuuuuu....! Kemungkinan besar dia tidak boleh tahan lagi karenah PM dengan masalah 1MDB. Ternyata dia tidak mahu bersyubahat dan bersekongkol lagi dengan mereka yang telah banyak merosakkan imej dan kewangan negara.

    ReplyDelete