MESUJI, INDONESIA - Seorang kanak-kanak berusia 9 tahun yang dilaporkan
hilang oleh keluarganya sebelum ini, ditemui mati tergantung di pelepah
pokok sawit.
Mangsa, Yoga Adi Pratama, 9, sebelum itu dikatakan telah keluar dari rumahnya pada
lewat malam pada Khamis. Bimbang mangsa masih belum pulang ke rumah,
neneknya membuat laporan polis, dipetik dari Jambi Tribune News.
Penduduk kampung yang menubuhkan gerakan mencari mangsa pada
Jumaat lalu menemui mayat mangsa pada jam 8 pagi dalam keadaan tidak bernyawa dan tanpa baju dan tersandar di pokok sawit di ladang sawit.
Pada awalnya, mangsa dipercayai membunuh diri. Bagaimanapun siasatan
pihak berkuasa mendapati terdapat kesan koyakan di bahagian dubur
mangsa, dipercayai telah diliwat sebelum dibunuh.
Selain itu, kesan lebam turut ditemui pada belakang kepala yang dipercayai
dipukul dengan objek tumpul. Kesan lebam di bahagian leher juga jelas
kelihatan akibat dicekik suspek.
"Dubur mangsa yang berdarah, dipenuhi dengan air mani. Mangsa telah
disahkan meninggal dunia kerana kekurangan oksigen," kata sumber.
Menurut saksi, dia melihat mangsa yang menunggang motosikal Honda Beat
berwarna biru tanpa nombor pendaftaran berhenti di depan sebuah rumah
tidak jauh dari kediaman mangsa.
"Pada waktu itu, saksi ternampak mangsa diekori dua lelaki yang tidak
dikenali menaiki motosikal lain, menghala ke Desa Adi Luhur.
Ekoran itu, polis telah menyerbu rumah suspek, Kriswanto, 18, yang
tinggal berhampiran kawasan kejadian. Namun, suspek telah melarikan diri
sejauh 2 kilometer sebelum berjaya ditangkap.
Dalam soal siasat polis mendapati, mangsa dibunuh oleh tiga orang. Mangsa
juga telah diliwat secara bergilir-gilir sehingga mati. Selesai
memuaskan nafsu masing-masing, mereka menggantung mayat mangsa di
pelepah sawit agar kelihatan seperti membunuh diri.
Jelas suspek itu lagi, ketika kejadian itu berlaku dua suspek lain
memegang tangan mangsa, manakala seorang lagi menjerut leher mangsa
menggunakan kain dari belakang sambil meliwatnya.
"Suspek mengakui, motif pembunuhan adalah kerana cemburu dan ingin
memiliki motosikal baru, Honda Beat, yang dimiliki mangsa. Dua lagi
suspek yang terlibat, masih dalam buruan polis," kata sumber.
sumber:pixelperfext
sumber:pixelperfext
No comments:
Post a Comment