SHAH ALAM – Lembaga Disiplin PKR akan membuat siasatan secara bebas
terhadap bekas wakil rakyat PKR Selangor yang didakwa ditahan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas dakwaan rasuah.
Pengerusi Lembaga Disiplin PKR, Datuk Abul Hadi Khatab berkata,
siasatan tersebut dibuat secara bebas daripada campur tangan SPRM dan ia
dilakukan bagi dilakukan bagi mengetahui perkara sebenar dalam kes
tersebut.
“Saya selaku Pengerusi Lembaga Disiplin PKR merujuk kepada laporan
akhbar bahawa Suruhanjaya SPRM telah menahan seorang bekas wakil rakyat
PKR Selangor atas isu yang dikatakan mengenai rasuah.
“Kami memandang serius tentang isu rasuah dan salahlaku oleh ahli-ahli parti,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.
Pihaknya kini sedang mengatur pertemuan dengan bekas wakil rakyat
tersebut untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang dakwaan terhadap
bekas wakil rakyat tersebut.
“Siasatan atau dakwaan oleh SPRM sahaja tidak boleh diambil sebagai kesabitan dan bukan penentuan kesalahan.
“Kami sendiri akan membuat siasatan secara bebas daripada segi disiplin parti,” katanya lagi.
No comments:
Post a Comment