Tuesday, June 28, 2016

Tiada perjanjian serah Kedah, Kelantan, Terengganu pada PAS

FMT
June 28, 2016
Timbalan Mursyidul Am PAS menafikan sebarang kerjasama dengan Umno mengenai penyerahan tiga negeri itu
Ahmad-Yakob-pas-umn
KOTA BAHARU: PAS tiada sebarang kerjasama dengan UMNO mengenai penyerahan tiga negeri iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu kepada PAS pada pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), kata Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Ahmad Yakob.

Beliau berkata jika adapun kerjasama hanya yang membabitkan perkara kebajikan dan kebaikan kepada rakyat.
“Setakat ini tiada sebarang perjanjian, cuma kita (PAS) akan beri kerjasama kepada pekara yang membawa kebaikan dan kebajikan kepada rakyat. Itu dasar kita sejak dahulu lagi.

“Dalam perkara yang menimbulkan dosa dan perseteruan sebagainya, kita tidak ada sebarang kerjasama,” katanya selepas melawat dan menyampaikan sumbangan kepada 100 pesakit di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir yang mendakwa wujud kerjasama politik antara UMNO dan PAS.

Ahad lepas, dalam satu majlis di ibu negara, Muhkriz mendakwa beliau mengesyaki terdapat perjanjian UMNO-PAS membabitkan ‘pertukaran’ yang melibatkan Kedah, Terengganu dan Kelantan.
Ahmad yang juga Menteri Besar Kelantan berkata kemungkinan isu itu timbul disebabkan kecelaruan politik buat masa sekarang.
-BERNAMA

No comments:

Post a Comment