Monday, July 11, 2016

Anggota 100 cawangan keluar Umno kerana Shafie

Malaysiakini 11/7/16

Seramai 600 anggota Umno daripada 100 cawangan di bahagian Batu Sapi dilapor mengumumkan keluar parti serta-merta kerana tidak puas hati dengan layanan terhadap bekas naib presidennya Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Pengumuman itu dibuat naib ketua Umno bahagian itu Pangiran Roslan Pangiran Nasrun dalam sidang media di Sandakan semalam, lapor Berita Harian.
 
Pangiran Roslan berkata, keputusan dibuat selepas mengambil kira tindakan Majlis Tertinggi (MT) Umno menggantung jawatan Shafie sebelum ini tanpa dipanggil membela diri.

Katanya, ia menyebabkan mereka hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Umno dan presidennya Datuk Seri Najib Razak.
"Kami ambil keputusan ini kerana tidak setuju dengan tindakan MT Umno dan berikrar akan menyokong serta berjuang dengan Shafie," beliau dipetik sebagai berkata.

Shafie antara pemimpin lantang Umno yang terselamat daripada dipecat, seperti bekas timbalan presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini.
Beliau bagaimanapun kemudian mengambil keputusan meletakkan jawatan daripada Umno.
Sementara itu, ditanya sama ada perjuangan itu bersifat “Sabah untuk Sabah” atau menyeluruh, Pangiran Roslan berkata, ia berlandaskan “Sabah untuk Sabah”.
"Penggantungan Shafie seolah-olah penghinaan terhadap pemimpin Umno peringkat Sabah terutama penyokong Shafie," katanya seperti dilaporkan harian itu.

1 comment:

  1. Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976 atau KLIK DISINI insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

    ReplyDelete