Tuesday, July 12, 2016

Bos baru SPRM mesti tegas pada campur tangan

Malaysiakini 12/7/16

Pendapat dan pandangan orang ramai perlu diperoleh berhubung pelantikan ketua pesuruhjaya baharu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memastikan beliau mendapat sokongan meluas dalam usaha memerangi rasuah dengan lebih berkesan.

Pengerusi Pusat Kajian Dasar Awam di Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI) Tan Sri Ramon Navaratnam berkata sekiranya pandangan dan pertimbangan meluas orang ramai tidak dapat diperoleh ketika ini, pihak berkenaan perlu merujuk kepada jawatankuasa khas mengenai pencegahan rasuah Parlimen bagi mendapatkan kelulusannya.

"Jawatankuasa khas ini mempunyai tiga Anggota Parlimen daripada kerajaan, tiga lagi Anggota Parlimen pembangkang dan ia dipengerusikan oleh Yang Dipertua Dewan Negara.
"Oleh itu, kewibawaannya amat tinggi dan ia perlu dirujuk sepenuhnya selain memberi pandangannya secara terbuka tentang pemilihan yang dibuat supaya rakyat lebih yakin terhadap ketua pesuruhjaya baharu SPRM," katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur, hari ini.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed akan mengundurkan diri pada 1 Ogos manakala timbalan beliau Datuk Seri Mohd Shukri Abdull akan bersara pada 3 Okt ini.

Navaratnam juga mengesyorkan beberapa kriteria yang perlu dipertimbang kerajaan untuk memilih ketua pesuruhjaya baharu SPRM termasuk individu berkenaan perlulah dilantik daripada kalangan warga SPRM sendiri dan bukannya dari luar.

Menurutnya orang dalam SPRM itu mestilah memiliki pengalaman luas, kecekapan, pengetahuan tentang operasi di peringkat lapangan dan mempunyai dedikasi tinggi setelah sekian lama terlibat dengan tugas memerangi rasuah.

Beliau berkata individu itu perlu memiliki kejujuran dan integriti yang tinggi kerana tiada gunanya memilih seorang ketua pesuruhjaya baharu tetapi mempunyai rekod perkhidmatan tercemar atau diragui integritinya.
"Ketua pesuruhjaya baharu perlulah memiliki jati diri, keperibadian dan komitmen yang tinggi untuk menunaikan tugas memerangi rasuah secara habis-habisan sebelum ia merebak dalam sistem kita seperti barah.

"Beliau perlulah mampu untuk berdiri teguh dan tegas terhadap sebarang campur tangan politik dan komersial daripada mana-mana pihak, sama ada yang tinggi atau rendah kedudukannya," kata Navaratnam.

Menurutnya ketua pesuruhjaya baharu itu juga perlulah merupakan ketua yang mampu memberi inspirasi untuk membawa seluruh warga SPRM ke tahap baharu dalam perjuangan menentang rasuah.
- Bernama

1 comment:

  1. KAMI SEKELUARGA TAK LUPA MENGUCAPKAN PUJI SYUKUR KEPADA ALLAH S,W,T
    dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor togel.nya yang AKI
    berikan 4D/ angka [] alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus AKI.
    dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
    ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu AKI insya
    allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
    kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
    sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka main togel
    yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi AKI SOLEH JAFFAR,,di no 0853- 7778 - 3331 insya allah anda bisa seperti saya…menang togel 2750 JUTA , wassalam.


    dijamin 100% jebol saya sudah buktikan...sendiri....


    Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini !!!!


    1"Dikejar-kejar hutang

    2"Selaluh kalah dalam bermain togel

    3"Barang berharga anda udah habis terjual Buat judi togel


    4"Anda udah kemana-mana tapi tidak menghasilkan solusi yg tepat


    5"Udah banyak Dukun togel yang kamu tempati minta angka jitunya
    tapi tidak ada satupun yang berhasil..



    KLIK DISINI 4d 5d 6d




    Solusi yang tepat jangan anda putus asah... AKI SOLEH JAFFAR akan membantu
    anda semua dengan Angka ritual/GHOIB:
    butuh angka togel 2D/ ,3D/, 4D/ 5D/ 6D/ SGP / HKG / MALAYSIA / TOTO MAGNUM / dijamin
    100% jebol
    Apabila ada waktu
    silahkan Hub: AKI SOLEH JAFFAR DI NO: 0853- 7778 - 3331


    ANGKA RITUAL: TOTO/MAGNUM 4D/5D/6D/


    ANGKA RITUAL: HONGKONG 2D/3D/4D/6D/



    ANGKA RITUAL; KUDA LARI 2D/3D/4D/6D/



    ANGKA RITUAL; SINGAPUR 2D/3D/4D/ 6D/



    ANGKA RITUAL; TAIWAN,THAILAND



    ANGKA RITUAL: SIDNEY 2D/3D/4D 6D/

    ..(`’•.¸(` ‘•. ¸* ¸.•’´)¸.•’´)..
    «´ 0853- 7778 - 3331 _ ¨`»
    ..(¸. •’´(¸.•’´ * `’•.¸)`’•.¸ )..










































































    ReplyDelete