Monday, July 18, 2016

Difteria: Suri rumah, dewasa pertama disahkan positif

 FMT| July 17, 2016
Ini adalah kes terpencil, rawatan prodilaksis telah diberikan kepada semua kontak mangsa termasuk ahli keluarga serta kakitangan kesihatan dan hospital.
Noor-Hisham-Abdullah_difteria_600
KUALA LUMPUR: Seorang suri rumah dari Rembau, Negeri Sembilan, disahkan positif penyakit difteria, menjadikan ia kes pertama melibatkan orang dewasa di negara ini tahun ini.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata mangsa yang berumur 41 tahun itu mula mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Rembau pada Rabu lalu, selepas mengalami demam dan mengadu tonsil membengkak, serak suara serta sukar menelan.

“Mangsa disyaki menghidap difteria dan kemudiannya dirujuk ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban dan dimasukkan ke wad untuk rawatan. Keadaan mangsa stabil.
“Ujian makmal semalam mengesahkan mangsa positif difteria. Ini adalah kes terpencil, rawatan prodilaksis telah diberikan kepada semua kontak mangsa termasuk ahli keluarga serta kakitangan kesihatan dan hospital,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, susulan daripada kes difteria baharu itu, ia menjadikan jumlah kes setakat ini sebanyak 15 termasuk lima kematian iaitu di Melaka (tiga kes, satu kematian), Kedah (tujuh kes, satu kematian), Sabah (empat kes, tiga kematian) dan Negeri Sembilan satu kes.

Pada masa sama katanya, satu kes disyaki difteria melibatkan seorang kanak-kanak berumur lapan tahun dilaporkan di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kelantan hari ini.
“Mangsa mengalami deman, sakit tekak, bengkak muka dan leher sejak Rabu lepas.
Keputusan ujian makmal belum diperoleh dan mangsa dalam keadaan stabil serta telah diberikan rawatan anti-toksin difteria,” katanya.

Dr Noor Hisham menjelaskan bakteria Corynebacterium diphtheriae boleh menjangkiti tekak orang dewasa atau kanak-kanak dan ia akan berkembang biak serta menyebabkan gejala apabila status kesihatan individu itu tidak optima.

“Ia boleh disebarkan melalui titisan respiratori dan akan memberi risiko kepada orang lain, khususnya kanak-kanak yang kurang daya tahan tubuh dan mereka yang tiada antibodi kerana tidak mendapatkan imunisasi atau status imunisasi tidak lengkap,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menggesa ibu bapa memastikan setiap kanak-kanak di bawah umur tujuh tahun mendapatkan imunisasi 5 serangkai yang lengkap.
Langkah itu katanya akan dapat meningkatkan imuniti kanak-kanak serta imuniti kelompok, seterusnya membendung kejadian difteria daripada terus menjadi masalah kepada kesihatan awam.

1 comment:

  1. Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976 atau KLIK DISINI insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

    ReplyDelete