Malaysiakini 16/7/16
Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan
berkata, bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak akan
berhenti dari berusaha untuk 'mengerjakan' musuh-musuhnya.
Menurut laporan New Straits Times hari ini, Pairin berkata,
langkah Mahathir menubuhkan parti baru adalah tidak mengejutkan kerana
beliau ternyata tidak menyukai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Akhbar harian berbahasa Inggeris itu melaporkan Pairin menggelarkan
Mahathir sebagai 'haiwan politik' yang tidak akan berhenti untuk
mengusir sesiapa sahaja yang beliau tidak gemar.
"Sebaik sahaja Mahathir memutuskan tidak menyukai seseorang, sama
seperti beliau tidak suka saya, dia akan usir orang itu menggunakan
semua kekuatan yang ada.
"Beiau cuba berbuat demikian kepada saya," kata Pairin, menurut
laporan berkenaan, selepas menerima kunjungan hormat daripada Majlis
Belia Persatuan Kebudayaan Kadazandusun, semalam.
Selaku Presiden Parti Bersatu Sabah, Pairin mempunyai hubungan yang
panjang dan tidak harmoni dengan Mahathir setelah beberapa kali membawa
partinya masuk dan keluar BN.
Mengulas mengenai parti baru Mahathir, Pairin berkata, keputusan itu
'masih belum menampakkan kesan' tetapi ia adalah hak Mahathir, memetik
laporan tersebut
No comments:
Post a Comment