Monday, July 11, 2016

Gesa beri kuasa pendakwaan kepada SPRM

Idris Ahmad
SHAH ALAM - Pas hari ini menggesa kerajaan melakukan reformasi ke atas badan pencegahan rasuah, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Naib Presiden parti itu, Idris Ahmad berkata, agensi anti rasuah seperti SPRM sepatutnya diberi kuasa pendakwaan dan bukannya diserahkan kepada Peguam Negara.
"Kesian kawan-kawan kerja di SPRM. Mereka kerja sungguh-sungguh. Siang malam, tinggal anak isteri utk siasat kes. Tapi kuasa dakwa masih pada AG (Peguam Negara)," katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Sehingga kini, menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said, kerajaan belum bercadang untuk meletakkan agensi-agensi seperti SPRM  di bawah Jawatan Kuasa Khas Parlimen.
"Macam ini punya tunggu, ikan keli tumbuh sisik, baru jerung kena dakwa. Jom reform sistem bukan individu. Ada beranikah?" sindirnya.

No comments:

Post a Comment