Sunday, July 10, 2016

KKM ambil tindakan terhadap air minuman Kangen

FMT/July 9, 2016
Seksyen 17 Akta Makanan 1983 menetapkan bahawa iklan sesuatu makanan tidak boleh mempunyai sebarang akuan kesihatan.
Noor-Hisham-Abdullah_kangen-water_600
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan akan mengambil tindakan terhadap penjualan dan pengiklanan air Kangen yang didakwa mempunyai pelbagai akuan kesihatan kerana didapati tidak mematuhi peruntukan undang-undang.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata pihaknya memandang serius pengiklanan makanan yang mengelirukan orang ramai dengan pelbagai akuan kesihatan.
Beliau berkata Peraturan 360B, Peraturan-Peraturan Makanan 1985 di bawah Akta Makanan 1983 menetapkan bahawa air minuman berbungkus yang dijual perlu dilesenkan terlebih dahulu oleh Kementerian Kesihatan.

“Kementerian mengambil maklum laporan mengenai penjualan air Kangen yang telah menjadi perbincangan hangat netizen dan telah viral di media sosial,” katanya dalam kenyataan di sini, malam ini.

Katanya kegagalan mematuhi peraturan tersebut adalah satu kesalahan dan jika disabit kesalahan, boleh didenda maksimum RM5,000 atau dipenjara tidak melebihi dua tahun, serta air minuman berbungkus tidak berlesen yang dijual boleh rampas.
Di samping itu, katanya, Seksyen 17 Akta Makanan 1983 menetapkan bahawa iklan sesuatu makanan tidak boleh mempunyai sebarang akuan kesihatan.

“Kegagalan mematuhi seksyen tersebut adalah satu kesalahan dan jika disabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai sebarang aduan mengenai penjualan/pengiklanan air Kangen atau mana-mana produk makanan/minuman lain yang diragui akuannya boleh menghubungi Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah berdekatan.

Selain itu, mereka juga boleh melayari laman web http://moh.spab.gov.my atau laman Facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan www.facebook.com/bkkmhq.
Bernama

1 comment:

  1. Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976 atau KLIK DISINI insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

    ReplyDelete