Sunday, July 17, 2016

Lawan BN: Muhyiddin bersetuju penubuhan parti baharu‎

Sinar Harian
Muhyiddin
Muhyiddin. - Foto Sinar Harian Oleh AFIQ RAZALI
SHAH ALAM - Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau secara peribadi bersetuju dengan dengan cadangan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menubuhkan sebuah parti politik baharu.
Muhyiddin berkata, sekiranya cadangan itu menjadi kenyatan parti baharu itu perlu bekerjasama dengan semua pihak termasuk Pakatan Harapan, Pas dan pertubuhan masyarakat sivil untuk meneruskan perjuangan menyelamatkan Malaysia di samping mengambil langkah-langkah perlu untuk melakukan reformasi institusi.

"Saya telah berbincang dengan Tun Dr Mahathir, Datuk Seri Shafie Apdal, Datuk Seri Mukhriz dan rakan-rakan yang lain mengenai keperluan penubuhan sebuah wadah politik untuk meneruskan perjuangan ini menerusi penyertaan di dalam pilihanraya.

"Pada masa yang sama, saya juga akur bahawa penubuhan sebuah wadah politik baharu hanya akan berkesan sekiranya ia dipersetujui secara konsensus oleh rakan-rakan pimpinan parti-parti pembangkang yang lain. Untuk itu saya akan meneruskan perbincangan dengan pihak-pihak yang berkaitan sebelum memutuskan langkah selanjutnya," katanya dalam satu kenyataan rasminya hari ini.

Sebelum ini, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad merancang untuk menubuhkan parti politik baharu dalam masa terdekat sebelum membentuk blok pembangkang yang lebih besar di negara ini.

Menurutnya, pihak yang menyokong Deklarasi Rakyat sebelum ini telah bersetuju terhadap perancangannya itu.

"Mereka bersedia menerima parti politik baharu jika ia berkongsi matlamat seperti mereka.

"Saya hanya pengasas. Tidak semestinya saya menjadi Presiden parti," katanya pada sidang media selepas pertemuan dengan beberapa pimpinan pembangkang dan NGO di Yayasan Kepimpinan Perdana, di sini, baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Tun M rancang tubuh parti baharu tapi...

Dalam pada itu, ujarnya beliau juga bersependapat dengan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim,  Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man,  dan Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Mohamed Ali dan beberapa pimpinan PH dan Pas yang lain bahawa parti-parti pembangkang perlu kembali berunding untuk mewujudkan kesepakatan dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.

"Kesepakatan ini adalah amat penting untuk meraih keyakinan rakyat bahawa parti-parti politik selain BN mampu untuk menerajui Malaysia dengan lebih baik dan membela nasib rakyat," katanya.

1 comment:

  1. Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976 atau KLIK DISINI insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

    ReplyDelete