Tuesday, July 26, 2016

Mahkamah perintah Papagomo bayar RM800,000 kepada Anwar

 FMT| July 26, 2016
Penulis blog itu gagal mencabar keputusan mahkamah rayuan yang mengekalkan keputusan bersalah memfitnah Anwar.
papagomo
PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang mendapati penulis blog Wan Azri Wan Deris, juga dikenali Papagomo, bersalah memfitnah bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Hakim Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum, menolak rayuan Wan Azri membenarkan keputusan itu dicabar.
Richard berkata beliau mendapati tiada alasan bagi membenarkan rayuan itu.

Panel hakim Mahkamah Persekutuan turut disertai Tan Sri Hasan Lah dan Tan Sri Zaharah Ibrahim.
Wan Azri turut diperintah membayar Anwar RM10,000 sebagai kos, di samping pampasan RM800,000.

Pada Februari 2014, Mahkamah Tinggi mendapati penulis blog itu bersalah memfitnah Anwar kerana menuduhnya terlibat dalam skandal seks, dan memerintahkan pampasan RM800,000.

Mahkamah Rayuan kemudian mengekalkan keputusan itu.

No comments:

Post a Comment