Monday, July 25, 2016

Pakar di KL cadang kawasan pencarian baharu MH370

 | July 24, 2016
Jika teori itu tepat, pesawat itu mungkin dapat ditemui dalam keadaan masih utuh lagi, kata Prof Harridon Suffian.
broken-ridge-1
KUALA LUMPUR: Pakar penerbangan tempatan mencadangkan kawasan pencarian baharu MH370 dan berkata pasukan antarabangsa patut mencari di kawasan Broken Ridge, sedikit utara daripada di mana mereka sedang mencari sekarang.

Prof Dr Mohd Harridon Mohamed Suffian berkata cadangannya itu berdasarkan kepada teori yang pesawat itu, yang hilang sejak dua tahun lalu, mungkin menjunam antara 1,000km dan 2,000km di luar lokasi terakhir ia dikesan, terkeluar sedikit daripada kawasan pencarian.

Beliau berkata pakar bebas yang mengeluarkan analisis berkaitan serpihan ditemui di Madagascar dan Afrika yang dipercayai daripada pesawat Malaysia Airlines Boeing 777 bukan di kawasan pencarian semasa.

“Jika teori luncur ke bawah itu tepat, pesawat itu mungkin boleh ditemui hampir utuh dan fiuslaj juga boleh berada di kawasan itu,” katanya kepada NST Online.
Katanya, serpihan yang ditemui terlalu jauh menunjukkan cebisan pesawat itu sudah terkeluar,” katanya.

Bagaimanapun, teori meluncur ke bawah itu perlu diteroka sepenuhnya. Teori semasa yang pesawat itu terjunam ke dalam lautan selepas minyaknya habis, berdasarkan kepada komunikasi antara pesawat dengan satelit navigasi Inmarsat.
Fugro, syarikat kontrak bagi operasi mencari itu berkata pesawat berkenaan mungkin berada di utara sedikit dari kawasan mencari semasa.

Harridon, yang juga ketua kajian dan inovasi Universiti Kuala Lumpur, ialah calon untuk program angkasawan negara.
Beliau juga tidak menolak kemungkinan lain untuk saat terakhir pesawat itu.
“Semua itu hanya tekaan sehingga transponder pesawat itu ditemui,” katanya.

Profesor Azizan Abu Samah dari Institut Sains Bumi dan Lautan Universiti Malaya juga bersetuju semua teori hanya spekulasi.
“Lautan itu sangat luas, menyebabkan ia sukar mengesan bangkainya,” katanya.
Wilayah selatan Lautan Hindi sangat besar dan tidak dipetakan, dan dengan kedalaman lebih 7km, bangkainya mungkin tertanam di bawah batu.

Pada Khamis, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Liow berkata pencarian itu ditangguhkan selepas 10,000 km kaki persegi kawasan yang berbaki di lautan itu dijejaki. Pasukan itu ditugaskan mencari di kawasan terpencil selatan Lautan Hindi di barat Australia seluas 120,000 km persegi.

Pesawat itu hilang pada 8 Mac 2014 ketika dalam perjalanan dari KLIA ke Beijing dengan 239 penumpang dan anak kapal. Para saintis mendapati daripada data satelit yang pesawat itu menyimpang dari laluan penerbangan dan terbang mengelilingi Sumatera menuju selatan Lautan Hindi

No comments:

Post a Comment