Dengan berdiam diri mengenai identiti misteri itu, ia hanya mengundang spekulasi buruk terhadap Najib, kata Perkasa.
VIDEO INSIDE
KUALA
LUMPUR: Perkasa hari ini menggesa pentadbiran Amerika Syarikat
menyatakan secara jelas siapakah sebenarnya individu di sebalik
‘Malaysian Official One’.
Setiausaha Biro Integriti, Anti-Korupsi dan Penyalahgunaan Kuasa
Perkasa Faiz Na’aman berkata ia akan menjawab pertanyaan orang ramai
yang mengaitkannya dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Rabu lalu, Jabatan Kehakiman AS mendedahkan salah laku dan korupsi
melibatkan beberapa personaliti termasuk Riza Aziz, anak tiri Najib dan
ahli perniagaan, Taek Jho Low, yang dituduh melarikan berjuta-juta dolar
milik 1MDB.
Dokumen jabatan itu tidak menamakan Najib tetapi sekadar merujuk
“Malaysian Official 1″ (Pegawai Malaysia 1″), menyebabkan spekulasi
mengaitkannya kepada Najib.
“Nama Jho Low dan Riza Aziz disebut, tapi ada satu nama misteri iaitu
Malaysian Official 1, yang dikatakan bertaggungjawab terhadap transaksi
1MDB dan ada pertalian dengan Riza Aziz.
“Kini orang kaitkannya dengan perdana menteri sehingga memalukan
negara. Jadi kami desak AS jelaskan siapa dia ini,” katanya kepada
wartawan selepas menyerahkan memorandum kepada Kedutaan AS di Jalan
Ampang hari ini.
Memorandum itu ditujukan kepada Presiden Barack Obama, Peguam Negara Loretta Lynch dan Duta AS ke Malaysia, Joseph Yun.
Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali semalam mendesak Putrajaya
bersikap telus dalam siasatan terhadap 1MDB, termasuk menjelaskan
sendiri siapa “Malaysian Oficial 1″ yang hangat diperkatakan.
Saman difailkan Jabatan Kehakiman di Los Angeles itu mendakwa AS$731
juta dana 1MDB mengalir ke akaun bank rasmi “Malaysian Official 1″.
Sementara itu, Ketua Wira Perkasa, Irwan Fahmi Ideris mendesak Peguam
Negara (AG) Tan Sri Apandi Ali dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid
Abu Bakar agar siasatan diteruskan berikutan perkembangan terbaru ini.
“Dokumen Jabatan Kehakiman AS bercanggah dengan kenyataan Apandi yang
Jho Low tidak terlibat dan tiada penyelewengan. Jadi jangan diam
sahaja, kita ini ada AG ke tidak?
“Kita juga harap Najib dapat bersihkan nama, dan jangan diam sahaja.
Jika tidak, maka memang rakyat dizalimilah,” katanya merujuk kenyataan
Timbalan Pengarah FBI Andrew McCabe yang rakyat Malaysia ditipu
besar-besaran melalui 1MDB.
VIDEO
VIDEO
No comments:
Post a Comment