Monday, July 18, 2016

Remaja 17 tahun pilih kahwini nenek 71 tahun

Sinar Harian
Remaja 17 tahun pilih kahwini nenek 71 tahun
Foto the purplelens.com
TENNESSEE - AMERIKA SYARIKAT. Seorang nenek berusia 71 tahun dilaporkan berkahwin dengan seorang remaja lelaki berusia 17 tahun tiga minggu selepas bertemu, Oktober tahun lalu.

Almeda Errell dari Sevierville, Tennessee dan suaminya, Gary Hardwick berkahwin dalam satu majlis ringkas dengan bajet RM792 yang diuruskan Gary dalam tempoh enam hari sahaja.

Pasangan ini dikatakan jatuh cinta ketika pertama kali bertemu pada majlis pengebumian anak lelaki Almeda yang meninggal akibat sawan.
"Saya bukan mencari lelaki muda tapi Gary muncul dan saya yakin dialah orang yang sesuai untuk saya," katanya seperti lapor Dailymail.

Sebelum ini, Almeda berkahwin dengan suami pertamanya, Donal yang meninggal pada 2013 akibat diabetes selama 43 tahun.
Gary dikatakan memang sejak kecil meminati wanita lebih berusia dan pernah menjalin hubungan dengan wanita berusia 77 tahun namun hubungan tersebut tidak kesampaian.

Selepas putus dengan kekasihnya, Gary terus menyampaikan hasrat hatinya untuk melamar Almeda meskipun jarak usia mereka terlalu jauh.
Malah ada yang menyifatkan keputusannya itu sebagai gila.
Ketika isu usia dibangkitkan Almeda, Gary hanya berkata, 'usia hanya angka'.
Gary memiliki ibu berusia 48 tahun dan nenek yang sama usia dengan Almeda.

Pasangan ini kini tinggal di rumah Almeda bersama anak perempuannya berusia 40 tahun dan dua cucunya masing-masing berusia 21 dan 16 tahun.
Namun, tidak semua ahli keluarga mereka bersetuju dengan perkahwinan itu.
Sebahagian ahli keluarga Gary menyifatkan remaja yang kini sudah berusia 18 tahun itu terlalu muda untuk Almeda.

No comments:

Post a Comment