Sinar Harian
TENNESSEE - AMERIKA SYARIKAT. Seorang nenek berusia 71 tahun dilaporkan
berkahwin dengan seorang remaja lelaki berusia 17 tahun tiga minggu
selepas bertemu, Oktober tahun lalu.
Almeda Errell dari Sevierville, Tennessee dan suaminya, Gary Hardwick
berkahwin dalam satu majlis ringkas dengan bajet RM792 yang diuruskan
Gary dalam tempoh enam hari sahaja.
Pasangan ini dikatakan jatuh cinta ketika pertama kali bertemu pada
majlis pengebumian anak lelaki Almeda yang meninggal akibat sawan.
"Saya bukan mencari lelaki muda tapi Gary muncul dan saya yakin dialah
orang yang sesuai untuk saya," katanya seperti lapor Dailymail.
Sebelum ini, Almeda berkahwin dengan suami pertamanya, Donal yang meninggal pada 2013 akibat diabetes selama 43 tahun.
Gary dikatakan memang sejak kecil meminati wanita lebih berusia dan
pernah menjalin hubungan dengan wanita berusia 77 tahun namun hubungan
tersebut tidak kesampaian.
Selepas putus dengan kekasihnya, Gary terus menyampaikan hasrat hatinya
untuk melamar Almeda meskipun jarak usia mereka terlalu jauh.
Malah ada yang menyifatkan keputusannya itu sebagai gila.
Ketika isu usia dibangkitkan Almeda, Gary hanya berkata, 'usia hanya angka'.
Gary memiliki ibu berusia 48 tahun dan nenek yang sama usia dengan Almeda.
Pasangan ini kini tinggal di rumah Almeda bersama anak perempuannya
berusia 40 tahun dan dua cucunya masing-masing berusia 21 dan 16 tahun.
Namun, tidak semua ahli keluarga mereka bersetuju dengan perkahwinan itu.
Sebahagian ahli keluarga Gary menyifatkan remaja yang kini sudah berusia 18 tahun itu terlalu muda untuk Almeda.
No comments:
Post a Comment