Malaysiakini 14/7/16
Anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Shamsul Anuar Nasarah yakin
seruan pemimpin PAS untuk melakukan “gencatan senjata” sesama
pembangkang bagi menghadapi BN tidak akan berjaya.
Shamsul berkata banyak pandangan diutarakan Timbalan Presiden PAS
Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan pemimpin lain parti itu ditolak oleh
presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
"Saya tak lihat itu pendirian rasmi PAS, itu pendirian timbalan
presiden saja dan pendirian itu sukar untuk menjadi pendirian rasmi
parti.
"Saya percaya tidak ada komen-komen daripada pemimpin lain yang dari
kalangan PAS sendiri akan bersetuju dengan pandangan tersebut.
"Sejarah pun telah membuktikan banyak pandangan timbalan presiden
ditolak oleh presiden,” kata Shamsul dalam sidang media selepas majlis
pelancaran Cabutan Wow! SSPN-I Plus 2016-2017 di Pusat Dagangan Dunia
Putra (PWTC) Kuala Lumpur hari ini.
Tuan Ibrahim semalam dilaporkan menyeru “gencatan senjata” sesama
pembangkang, sebaliknya menggembleng tenaga bersama dalam menumbangkan
BN.
Tuan Ibrahim berkata, PAS dan parti-parti dalam Pakatan Harapan –
DAP, PKR dan AMANAH – perlu bertolak ansur dan mencari titik persamaan
tanpa membelakangkan dasar masing-masing.
Mengulas lanjut, anggota Parlimen Lenggong itu berkata umum
mengetahui pakatan pembangkang sejak dulu gagal bersatu kerana memiliki
idealogi berbeza.
"Saya tak lihat itu sebagai jalan penyelesaian dan gencatan senjata itu betul-betul akan berlaku.
“Saya juga tak lihat itu satu (perkara) yang dapat menyatupadukan mereka kerana terlalu besar perbezaan di kalangan pakatan ini.
"Tidak ada titik pertemuan pun, idealogi yang berbeza, matlamat yang
tidak sama dan dengan perbezaan ini ia sebenarnya menyukarkan mereka
bersepakat dalam hal itu tetapi saya percaya rakyat boleh membuat
penilaian,” kata Shamsul yang juga pengerusi Perbadanan Tabung
Pendidikan Negara (PTPTN).
Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Abdul Samad semalam turut menyokong
gesaan 'gencatan senjata' oleh timbalan presidennya agar parti-parti
pembangkang menumpukan usaha untuk menumbangkan BN dan bukan bertelagah
sesama sendiri.
Sebelum itu, Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali menyambut
baik kenyataan Tuan Ibrahim dan berkata sekurang-kurangnya satu pakatan
pilihan raya perlu dibentuk antara PAS dan Pakatan Harapan untuk
mengelakkan pertembungan banyak penjuru.
DAP juga menyambut baik cadangan timbalan presiden PAS itu tetapi
AMANAH mempersoalkan sama ada Tuan Ibrahim berkata demikian bagi pihak
parti Islam itu.
AMANAH merupakan parti serpihan PAS. DAP, PKR dan AMANAH membentuk Pakatan Harapan, menggantikan Pakatan Rakyat
Umno yakin sangat tentu dah tabur dedak banyak tu
ReplyDelete