Thursday, August 11, 2016

1MDB: Kerajaan perlu jawab mereka bersalah atau tidak, kata ahli PAC BN

 | August 10, 2016
Kuasa menyiasat serta menentukan samada wujud kes atau tidak sebenarnya terletak dalam bidang kuasa eksekutif, iaitu polis dan Jabatan Peguam Negara.
PETALING JAYA: Kerajaan perlu memutuskan samada orang yang dinyatakan dalam laporan Kawalan Pengurusan Tadbir Urus 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dibentangkan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) lima bulan lalu bersalah atau tidak.

Ahli PAC Barisan Nasional Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir berkata kerajaan tidak boleh berdiam diri kerana rakyat mahukan jawapan.
“Rakyat masih ternanti-nanti keputusan kerajaan daripada polis yang menyiasat 1MDB dan AGC (Jabatan Peguam Negara) yang boleh menentukan sama ada mereka yang dinyatakan dalam laporan PAC itu melakukan kesalahan atau tidak.

“Kerajaan perlu membuat keputusan segera kerana perkara ini sudah terlalu lama berlarutan sehingga menimbulkan persepsi negatif terhadap kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Aziz mengulas desakan Ahli PAC Pakatan Harapan supaya jawatankuasa membuka semula siasatan terhadap 1MDB, susulan aduan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ), yang mahu menyita aset-aset “yang terbabit atau boleh dikesan kepada suatu konspirasi antarabangsa untuk mengubah wang yang dilesapkan” daripada syarikat milik kerajaan itu.
Ahli Parlimen Tony Pua semalam berkata PAC perlu mengenalpasti identiti ‘Malaysian Official 1’ (MO1) yang disebut dalam aduan itu.

Menurut Tony, aduan DoJ menyatakan sejumlah AS$681 juta dimasukkan ke akaun peribadi MO1.
Menurut Aziz, pendesak sebenarnya sudah tersalah terka.
“Keputusan untuk membuka semula siasatan PAC terhadap 1MDB tidak akan membawa kepada sebarang penyelesaian konkrit kerana kuasa menyiasat serta menentukan samada wujud kes atau tidak adalah dalam bidang kuasa eksekutif iaitu polis dan AGC,” jelasnya.

Di awal kenyataannya, Aziz berkata kerajaan selaku badan eksekutif perlu segera mengambil tindakan terhadap individu bertanggungjawab seperti disyorkan dalam laporan PAC April lalu.
“Di pihak PAC, kita sudah menyatakan beberapa isu utama yang gagal dihuraikan sepanjang prosiding 1MDB sejak Mei 2015.
“la termasuk beberapa transaksi yang mencurigakan seperti pembayaran US$700 juta daripada 1MDB terus ke akaun pemegang saham syarikat yang dikatakan tidak mempunyai kaitan dengan PetroSaudi,” ujarnya

3 comments:

  1. Kenapa polis dan AG yg menentukan seseorang itu betsalah atau tidak? Kenapa bukan mahkamah??
    Bawa dulu kes 1MDB kemahkamah. Bicarakan dilu. Tangkap dan bawa mereka2 yg terlibat dan bicarakan di mahkamah. Bidang ini bukan bidang kuasa polis dan AG utk senang2 mengatakan salah atau tidak. Curi pakain kanak2 pun dibawah ke mahkamah..inikan pula melibatkan billion2 ringgit. Tunjukkan keadilan pada rakyat. Jgn jadi wakil rakyat yg bodohkan rakyat.

    ReplyDelete
  2. Kenapa polis dan AG yg menentukan seseorang itu betsalah atau tidak? Kenapa bukan mahkamah??
    Bawa dulu kes 1MDB kemahkamah. Bicarakan dilu. Tangkap dan bawa mereka2 yg terlibat dan bicarakan di mahkamah. Bidang ini bukan bidang kuasa polis dan AG utk senang2 mengatakan salah atau tidak. Curi pakain kanak2 pun dibawah ke mahkamah..inikan pula melibatkan billion2 ringgit. Tunjukkan keadilan pada rakyat. Jgn jadi wakil rakyat yg bodohkan rakyat.

    ReplyDelete
  3. Aslamu alaikum wr wb,,senang sekali saya bisa menulis dan berbagi kepada teman2 melalui room ini, sebelumnya dulu saya adalah seorang pengusaha dibidang data dan anak anaknya, ditengah tagihan utang yg menumpuk dan ditengah himpitan ekonomi seperti ini saya bertemu dengan seorang teman dan bercerita kepadanya, Alhamdulilah beliau memberikan saran kepada saya, dulu katanya dia juga seperti saya stelah bergabung dengan AKI ZYEH MAULANA hidupnya kembali sukses, awalnya saya ragu dan tidak percaya tapi setelah saya lihat pembuktian video AKI ZYEH MAULANA Di Website/situnya Saya pun langsu hubungi beliau dan Semua petunjuk AKI saya ikuti dan hanya 3 hari Astagfirullahallazim, Alhamdulilah Ternyata benar benar terbukti dan 5M yang saya minta benar benar ada di tangan saya, semua utang saya lunas dan sisanya buat modal usaha, kata kata beliau yang selalu sy ingat setiap manusia bisa menjadi kaya, hanya saja terkadang mereka tidak tahu atau salah jalan. Banyak orang menganggap bahwa miskin dan kaya merupakan bagian dari takdir dari Tuhan. Takdir macam apa? Tuhan tidak akan memberikan takdir yang buruk terhadap kita, semua cobaan yang Tuhan berikan merupakan pembuktian seberapa kuat Anda bertahan di dalamnya. Tuhan tidak akan merubah nasib Anda jika Anda tidak berusaha untuk merubahnya. Dan satu hal yang perlu Anda ingat, “Jika Anda terlahir miskin itu bukan salah siapapun, namun jika Anda mati miskin itu merupakan salah Anda.” sy sangat berterimakasih banyak kepada AKI ZYEH MAULANA dan jika anda ingin seperti saya silahkan Telefon di 085298275599 Untuk yg di luar indon telefon di +6285298275599,Atau Lihat Di internet KLIK DISINI saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui AKI ZYEH MAULANA saya Bisa sukses. Jadi kawan2 yg dalam kesusahan jg pernah putus asah, kalau sudah waktunya tuhan pasti kasi jalan asal anda mau berusaha, AKI ZYEH MAULANA Banyah Dikenal Oleh Kalangan Pejabat, Pengusaha Dan Artis Ternama Karna Beliau adalah guru spiritual terkenal di indonesia.

    PESUGIHAN MENGUNAKAN MINYAK GHAIB

    PENARIKAN UANG MENGGUNAKAN MUSTIKA

    ReplyDelete