Wednesday, August 24, 2016

Anak Megat Junid pasti arahan tahan ISA dengan kebenaran Dr M Bernama

BERNAMA
FMT| August 23, 2016
Keluarga bekas timbalan menteri dalam negeri itu terkejut dengan penafian bekas perdana menteri itu
mahathir-isa
PUTRAJAYA: Anak sulung Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayub pasti arahan penahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ditandatangani bapanya semasa menjadi timbalan menteri dalam negeri dibuat selepas mendapat kebenaran Tun Dr Mahathir Mohamad.

Datuk Megat Fairouz Junaidi berkata adalah sesuatu yang pelik jika kuasa sebesar itu diberikan kepada seorang bertaraf timbalan menteri selama 11 tahun tanpa pengawasan dan pengetahuan Dr Mahathir selaku menteri dalam negeri dan perdana menteri ketika itu.

“Kami (sekeluarga) harap Tun Mahathir yang sememangnya dihormati oleh arwah, hanya terlepas cakap semasa mengungkap kenyataan itu walaupun secara teknikal arwah mungkin menandatangani surat arahan tersebut.
“Dalam konteks penahanan ISA, jika benar arwah yang menandatangani surat penahanan, sudah pasti ia telah mendapat kebenaran dan pengetahuan malah kemungkinan besar ia adalah arahan Tun Mahathir sendiri selaku menteri dalam negeri dan perdana menteri (ketika itu),” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Megat Fairouz, yang mewakili dua lagi anak Allahyarham serta ibunya Puan Sri Faizah Shuaib mengulas laporan laman blog yang melaporkan Dr Mahathir menafikan beliau adalah menteri yang menandatangani perintah tahanan ISA sepanjang menjadi menteri dalam negeri dan perdana menteri.

Dr Mahathir dipetik sebagai berkata selepas mengambil alih sebagai menteri dalam negeri daripada Tun Musa Hitam pada 1986, yang berkuasa menahan mana-mana individu di bawah ISA, beliau menurunkan kuasa itu kepada Megat Junid sepanjang 11 tahun Allahyarham berkhidmat sebagai timbalan menteri dalam negeri di bawah pentadbirannya.

1 comment:

  1. Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976 atau KLIK DISINI insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

    ReplyDelete